Hasil penemuan baru ilmiah dilakukan ahli biologi warganegara Amerika Syarikat, Craig Venter telah mencipta ‘nyawa tiruan’ untuk kali pertama di makmalnya. Beliau bagaimanapun membidas tuduhan bahawa beliau mempermainkan kuasa Tuhan dengan melakukan kajian sebegitu.
Penciptaan sel sintetik yang digambarkan sebagai sebuah tonggak bersejarah dalam ilmu pengetahuan itu adalah mimpi menjadi nyata dari penelitian yang berlangsung selama 15 tahun.
Beliau 'mengembuskan' nyawa ke tubuh bakteria menggunakan gen yang disatukan melalui proses dalam sebuah konsep pengembangan dengan tujuan utama untuk membuat organisma material genetik di makmal.
Kajian beliau turut melibatkan pembuatan organisme tiruan yang direka untuk tugas-tugas khusus seperti membuat vaksin atau membersihkan pencemaran. Namun demikian, beberapa pakat melihat penemuan tersebut berpotensi membawa bahaya. Misalnya, nyawa sintetik boleh disalahgunakan untuk membuat senjata biologis.
Berbicara dalam program BBC2 Newsnight di Washington, Venter membantah tuduhan dirinya telah mempermainkan Tuhan. “Tuduhan itu selalu muncul setiap kali muncul penerokaan baru di dunia perubatan atau ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan biologi. Penelitian ini mempunyai tujuan kemanusiaan untuk mengawal sifat alam. Perkara itu sama seperti bagaimana kita menjinakkan haiwan,” katanya.
“Ini adalah peringkat lebih tinggi dari pemahaman kita. Ini adalah tahap dimana kita mulai memahami bagaimana kehidupan itu bekerja dan mungkin juga bagaimana kita bisa mengawal sistem mikrobiologi untuk kepentingan kemanusiaan,” tambahnya.
Semasa ditanya adakah teknik baru tersebut boleh dibeli oleh pemilik modal besar, Venter menjawab, teknologi tidak untuk diperjualbelikan. “Kami berupaya mengembangkan teknologi ini untuk memajukan bidang perlindungan vaksin. Kami akan menggunakannya untuk mengembangkan pemahaman dasar dari kehidupan sel,” jelasnya.
Venter juga menyangkal keraguan sejumlah pihak bahawa teknologi itu akan digunakan sebagai bio-terorisme. “Sesetengah orang sepakat bahawa ada potensi yang berkembang yang teknologi boleh digunakan untuk kekerasan. Tapi ada juga yang meyakini jika pengembangan ini sangat berpotensi untuk membantu kehidupan manusia,” paparnya.
Sumber : Rakan Bloger
Testin post ; )