Zaman teknologi ini terdapat perisian percuma yang orang inginkan, memang realiti manusia sukakan benda yang percuma. Salah satu perisian percuma yang berguna untuk orang yang malas bawa thumbdrive ke mana2 ialah DropBox. Secara ringkasnya, DropBox ini adalah satu perisian untuk menyimpan data secara online atau lebih dikenali sebagai Online Storage.
Dropbox memudahkan anda untuk memastikan yang semua fail penting ada di mana-mana komputer yang anda guna, tanpa perlu email ataupun bawa thumbdrive. Contohnya seseorang telah membuat kerja di rumah, jadi dia cuma masukkan fail-fail kerja tadi dalam dropbox, nanti di pejabat dia hanya tinggal buka DropBox ini dan boleh sambung terus kerjanya kerana ia telah diselaraskan secara automatik engan folder dalam komputer di rumah. Anda tidak memerlukan sambungan internet yang stabil, cuma upload dalam folder DropBox di komputer anda dan apabila anda pergi ke tempat yang sambungan internet lebih stabil, DropBox akan automatik mengesan folder-folder anda tadi. Amat senang guna DropBox ni sebab anda tak perlu upload pun melalui internet sebab memang dia automatik akan upload sendiri.
Untuk lebih memudahkan pemahaman anda, di sini ada videonya.
Selain itu, anda juga boleh Share File dengan kawan- kawan anda dengan mudah. Contohnya, jika anda ingin berkongsi sebarang fail, anda cuma perlu letakan fail tersebut ke dalam folder public di folder dropbox dalam komputer anda, kemudian orang yang anda ingin kongsikan fail itu sudah boleh membuka folder public itu. Namun begitu, tidak semua benda yang anda letak dalam folder dropbox boleh dilihat orang, cuma fail yang diletak dalam folder public sahaja, jadi kalau anda simpan benda-benda peribadi ia memang tidak dapat dimasuki oleh orang lain.
Penggunaannya cukup senang, anda cuma perlu mendaftar akaun di DropBox dan boleh pilih sama ada akaun percuma ataupun berbayar. DropBox ada tawarkan akaun free dengan space 2GB, kalau berbayar ada 50GB dan 100GB.
Kemudian download aplikasi dropbox untuk sambungkan satu folder dalam komputer anda dengan storage pada dropbox, supaya bila anda masukkan sebarang fail dalam folder itu, ia akan automatik upload. Kalau masa tu tak ada internet, upload tidak berjalan tetapi sebaik sahaja bersambung dengan internet dia terus upload.
Lagi satu, DropBox ada tawarkan tambahan Space sampai 8GB dengan syarat anda promosikan link anda sendiri kepada kawan2 anda.
0 comments:
Post a Comment