SELAMAT DATANG KE BLOG PRINCEKEN SITE 2016
SELAMAT DATANG KE BLOG PRINCEKEN SITE 2016

Juara AF9 Hazama akan berkahwin !!

Wednesday, 20 July 2011

Juara Af9 - Hazama

Juara Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9), Hazama Ahmad Azmi atau Hazama, 27, akan berkahwin dengan kekasihnya dalam masa tiga tahun lagi.

Hazama berkata, perancangan tersebut akan dilakukan selepas dia menamatkan pengajian jarak jauh, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Ketika diserapkan ke AF9, saya terpaksa menangguhkan pengajian buat seketika dan selepas ini saya akan sambung semula sehingga tamat pengajian dalam jangka masa tiga tahun.

“Selepas itu barulah boleh kahwin. Alhamdulillah, saya sudah selangkah ke depan dalam memajukan karier nyanyian serta kehidupan saya,” katanya.

Tambah Hazama, sebahagian wang tunai sebanyak RM200,000 yang dimenanginya itu, akan disimpannya termasuklah untuk menguruskan soal perkahwinan.

“Inilah kali pertama saya menerima sejumlah wang yang besar. Terlalu banyak perkara yang difikirkan. Selain menyimpan, mungkin saya akan menggunakannya berkaitan dengan kerjaya muzik saya,” tuturnya.

Sementara itu, sejak Hazama tampil dengan gaya bercelak sepanjang membuat persembahan pada konsert mingguan AF9, dia bercadang untuk mengekalkan imej tersebut.

Ini kerana imej tersebut membantu dirinya menjadi lebih yakin ketika berada di atas pentas.

“Bermula hari ini, saya akan muncul dengan imej bercelak, sama seperti pengetua kami, Amy Search.

“Apa-apa pun, kalau boleh saya mahu menjadi individu yang membawa imej berkenaan mahupun muzik kepada umum,” ujarnya yang mempunyai single lagu terbaru, Cinta Teragung.

Sumber: Rakan Bloger

1 comments:

Post a Comment

SPONSER@PRINCEKENSITE

 
PrinceKen's Site© © 2011 | Designed by PrinceKen, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum