PrinceKen's Site©
Halaman Blog Perkongsian Maklumat -Since July 2011-
Pages
Featured Posts
-
20 fakta mengenai Marvel yang tidak diketahui ramai
SIAPA sangka bahawa adiwira boleh dianggap sebahagian daripada pelopor industri perfileman moden masa kini?
-
20 fakta mengenai Marvel yang tidak diketahui ramai
SIAPA sangka bahawa adiwira boleh dianggap sebahagian daripada pelopor industri perfileman moden masa kini?
-
20 fakta mengenai Marvel yang tidak diketahui ramai
SIAPA sangka bahawa adiwira boleh dianggap sebahagian daripada pelopor industri perfileman moden masa kini?
-
Serpihan dari Pulau Reunion sah milik pesawat MH370
Misteri kehilangan MH370 mula terungkai pada 29 Julai di kawasan pantai Pulau Reunion di Lautan Hindi selepas pekerja pantai menemui serpihan pesawat yang menyerupai sayap pesawat)
-
Mat Salleh sesat di Sabah !!
Saja share ngan korang pic ni !! heee... jangan marah.. apa2 pun ni adalah sejenis minuman tradisi di Sabah yg di pangil Tapai ... cara minum, lebih kurang Model ni la... ; )
-
VIDEO MISTERI ! Imej Bigfoot berjalan
OSAWATOMIE, Amerika Syarikat (AS) - Satu rakaman video disiarkan di laman YouTube menunjukkan seekor makhluk berbulu berjalan seperti manusia pada waktu siang, lapor laman Ghost Theory semalam.
-
Maksud2 Mantera dan Video HD Trailer Harry Potter !!
Accio digunakan untuk memanggil barang. Contohnya "Accio gelas" dan gelas akan datang ke arah penyerunya. Kata 'Accio' berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud 'Aku memanggil'
-
Peta penggunaan Flickr, Twitter dicipta
LONDON – Seorang lelaki Britain, Eric Fischer menghasilkan sebuah peta dunia yang memberi maklumat mengenai taburan penggunaan laman jaringan sosial, di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
-
Kapal terbang perang mendarat secara tegak
DUXFORD, Britain - Sebuah kapal terbang yang pernah digunakan dalam pertempuran Perang Dunia Pertama mendarat dalam keadaan menegak, lapor sebuah akhbar semalam.
Komposer terkenal Adnan Abu Hassan meninggal dunia
![]() |
Adnan (gambar) menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.17 pagi Jumaat di Hospital Selayang. |
Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di hospital tersebut tengah malam Khamis kerana serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang.
Allahyarham hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.
Allahyarham pernah mencipta kegemilangan pada era 1980-an hingga awal dekad 2000.
Keadaan kesihatannya mula diperkatakan apabila kelihatan lemah ketika muncul pada Anugerah MeleTOP, dua tahun lalu.
Senarai pelepasan dan rebat cukai 2016
Pastinya, ramai pembayar cukai di Malaysia sedang mengemaskini senarai pembelanjaan mereka sepanjang tahun oleh kerana ada yang layak mendapat pelepasan cukai.
Berikut adalah senarai rebat cukai yang layak dituntut oleh individu pemastautin di Malaysia dan senarai pelepasan cukai.
Sarawak mansuhkan cukai tanah mulai hari ini - Adenan Satem
![]() |
ADENAN: Keputusan memansuhkan cukai tanah ini akan melibatkan 360,422 pemilik dan cukai berjumlah RM8.58 juta. |
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mengumumkan pemansuhan cukai tanah untuk tanah pertanian dan tanah kediaman di negeri itu berkuatkuasa hari ini.
"Merujuk kepada pengumuman yang dibuat pada 26 Februari mengenai pemansuhan cukai tanah, saya ingin menyatakan pemansuhan ini tertakluk hanya kepada pekebun kecil dengan tanah pertanian yang kurang daripada 100 ekar (40 hektar) dan tanah kediaman.
Berkuatkuasa daripada 15 Mac (hari ini) cukai tanah tidak lagi dikenakan ke atas tanah ini. Semua tunggakan dan surcaj akan dikecualikan," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
Adenan berkata keputusan memansuhkan cukai tanah ini akan melibatkan 360,422 pemilik dan cukai berjumlah RM8.58 juta atau 19 peratus daripada keseluruhan cukai tanah.
[MOVIE] Tonton! Pertempuran Captain America dan Iron Men dalam Civil War
Secara rasminya, buat pertama kali Marvel Studio telah melancarkan trailer penuh bagi filem sekuel ‘Captain America : Civil War’. Filem yang diarahkan oleh Joe Russo dan Anthony Russo pasti memberi kelainan dalam filem terbaru ini.
Filem ini mengisahkan Captain America membentuk skuad supehero kecil sendiri, yang berkerjasama dengan kawan barunya Flacon. Konflik ini berlaku apabila perpecahan Avengers diantara Tony ‘ Iron Man’ dan Captain America bertentangan antara satu sama lain dan Bucky di tengah pergolakan mereka. Marvel Studio menampilkan pelakon hebat antaranya Chadwick Boseman sebagai Black Panther, Jeremy Renner sebagai Hawkeye, Paul Rudd sebagai Ant Man, Elizabeth Olsen sebagai Scarlett Witch, and Paul Bettany sebagai The Vision. Filem ‘Captain America : Civil War’ bakal ditayangan diseluruh pawagam pada Mei 2016.
Adi wira atau supervillain: Siapa menyebabkan lebih banyak kerosakan?
![]() |
Pemerhatian terhadap sembilan filem blokbuster adi wira mendapati adi wira juga banyak menyebabkan kerosakan. -Gambar fail |
SALAH satu perkara yang paling dinanti apabila menonton filem adi wira pastinya adegan tempur di antara watak wira dan penjahat.
Ideologi pihak baik menewaskan kejahatan tidak hanya tertumpu pada pertembungan antara karakter antagonis dan protagonis sahaja, lantaran kesan sampingan persekitaran turut terkesan daripada perlawanan kedua teraju utama itu.
Laman Home Advisor membuat pemerhatian terhadap sembilan filem blokbuster adi wira lalu mengkaji kesan kerosakan yang dialami dunia rekaan itu sepanjang penayangan filem-filem berkenaan.
Ketahui sama ada para adi wira mahupun supervillian yang sebenarnya melakukan lebih banyak kerosakan dalam tempoh beberapa jam watak cereka ini beraksi di layar perak.
Avengers: Age of Ultron
Dianggap sebagai karakter adi wira, namun Hulk telah melakukan pelbagai kemusnahan teruk di sebuah bandar di Afrika semasa mindanya diganggu oleh Wanda Maximoff.

Secara rambang, Hulk memusnahkan lif, tangga, jalan raya, keseluruhan pasar terbuka, tiga buah bangunan dan banyak kereta.
Berbicara mengenai kemusnahan, watak penjahat dalam filem ini iaitu Ultron dan konco-konco robotnya telah membinasakan keseluruhan negara rekaan Eropah dipanggil Sokovia.
Guardians of the Galaxy
Disebabkan jalan ceritanya banyak berlaku di angkasa lepas, kumpulan Star-Lord dan rakan-rakannya Gamora, Drax, Groot dan Rocket hanya melakukan kerosakan terhadap lima buah kereta sepanjang 122 minit filem berjalan.

Peperangan terakhir sekitar pengakhiran cerita akhirnya memusnahkan sebahagian bandar Xandar yang diduduki Empayar Nova.
Watak antagonis, Ronan menggunakan senjatanya Warhammer dan mengetuai angkatan perang bagi memusnahkan Xandar.
Iron Man 3
Pertempuran epik dalam filem yang dikeluarkan pada tahun 2013 ini, Iron Man berjaya menewaskan pasukan musuh namun mengakibatkan kerosakan teruk terhadap kawasan limbungan kapal.

Bagaimana pula dengan kumpulan penjahat? Aldrich Killian lakonan Guy Pearce bersama pengikutnya yang menggunakan virus Extremis hanya memecahkan beberapa tingkap, memusnahkan menara air selain mengalahkan pasukan Air Force.
Man of Steel
Superman boleh dianggap sebagai salah satu superhero paling popular di dunia. Namun dalam persembahan terbaharu filem adi wira yang dikeluarkan pada 2013, Superman lebih banyak menyebabkan kerosakan berbanding para penjahat.

Semasa remaja, Clark Kent menyebabkan bas sekolah terhumban ke dalam sungai.
Clark sebagai Superman pula terbang menembusi dua menara simpanan jagung dan sebuah stesen minyak selain menyebabkan kapal angkasa Zod terhempas ke bandar lalu menyebabkan puluhan bangunan pencakar langit musnah.
The Dark Knight Rises
Jika Superman adalah hero dengan kesan sampingan paling teruk, Batman pula boleh dianggap sebagai pejuang keamanan paling berhati-hati.
Pemerhatian kasar terhadap filem 'The Dark Knight Rises (2012)' mendapati Batman hanya menyebabkan kerosakan terhadap sebuah tingkap selepas menendang Bane ke arahnya.

Bane dan kroninya pula menyebabkan kebinasaaan terminal komputer di Bursa Saham New York dan memasang pelbagai letupan di sekeliling bandar Gotham.
Anggaran kerosakan lain meliputi sebuah stadium, beberapa jambatan dan bangunan.
Captain America: The Winter Soldier
Filem penuh aksi ini menampilkan variasi babak kejar-mengejar, tembak-menembak dan perlawanan berskala sederhana.
Namun, Captain America berserta pengikutnya memecahkan puluhan tingkap, kereta, stesen bas dan lain-lain semasa menghalang tiga angkatan helicarrier yang dikendali musuh.

Pada masa sama, kumpulan penjahat yang dinamakan Hydra beserta watak antagonis utama, Winter Soldier hanya memberi impak besar terhadap sebuah bangunan sahaja.
Thor: The Dark World
Pertarungan di antara Thor dan Malekith di pengakhiran filem 'Thor: The Dark World' berlangsung di Kolej Royal Naval yang terletak di London, England.

Jika dibandingkan dengan filem-filem superhero lain, kemusnahan yang dialami filem kedua Thor ini adalah kecil. Namun para villian dianggap menjadi penyebab perlawanan akhir berlaku maka punca kerosakan boleh ditunding kepada mereka.
The Amazing Spider-Man 2
Spider-Man berjuang menewaskan Oscorp (organisasi yang mengkaji labah-labah) yang berusaha untuk menangkap adi wira itu dalam sekuel kedua filem reboot Spider-Man ini.

Manakala para penjahat berkait dengan Oscorp (Electro, Rhino dan Green Goblin) telah membinasakan bermacam skrin video, puluhan kenderaan dan sebuah menara jam.
Tidak cukup dengan itu, Electro sahaja telah mengakibatkan lintar pintas yang langsung menyebabkan banyak bangunan runtuh.
X-Men: Days of Future Past
Pasukan X-Men giat berusaha untuk tidak meninggalkan sebarang bukti tentang penglibatan mereka kepada dunia luar.
Jika diamati, hanya kawasan dapur dan peralatan memasak di Pentagon yang rosak dalam usaha membebaskan Magneto di awal cerita.

Walaupun tidak sebesar kehancuran dibuat oleh para penjahat dalam filem-filem lain, impak kerosakan yang dilakukan Magneto diakui masih ketara.
Magneto memusnahkan trek kereta api, sebuah stadium bola lisut dan sebahagian daripada Rumah Putih.
Siapa sangka dalam usaha para adi wira mengalahkan niat jahat supervillain, mereka juga tidak terkecuali daripada menyebabkan kesan sampingan yang besar terhadap dunia sekeliling.
20 fakta mengenai Marvel yang tidak diketahui ramai -princeken-
Filem-filem yang menampilkan watak superhero sentiasa memperoleh reaksi positif malah mendapat kutipan yang memberangsangkan.
Sejak kejayaan filem pertama Marvel Cinematic Universe iaitu "Iron Man" pada tahun 2008, syarikat penerbitan komik itu kian dikenali dunia dan tidak termaktub kepada pengeluaran bahan bacaan sahaja.
Ketahui 20 fakta mengenai Marvel dan dunia fiksyen rekaannya yang tidak diketahui umum:




















SPONSER@PRINCEKENSITE
Translate
VIDEO PILIHAN MINGGU INI
IKLAN@PRINCEKENSITE
administrator
Senarai Artikel
-
▼
2016
(8)
-
▼
March 2016
(8)
- BATMAN VS SUPERMAN - Dawn Of Justice di Pawagam 24...
- Komposer terkenal Adnan Abu Hassan meninggal dunia
- Senarai pelepasan dan rebat cukai 2016
- Sarawak mansuhkan cukai tanah mulai hari ini - Ade...
- [MOVIE] Tonton! Pertempuran Captain America dan Ir...
- Marvel’s Captain America: Civil War in cinemas 28 ...
- Adi wira atau supervillain: Siapa menyebabkan lebi...
- 20 fakta mengenai Marvel yang tidak diketahui rama...
-
▼
March 2016
(8)
-
►
2015
(6)
- ► August 2015 (6)
-
►
2011
(134)
- ► December 2011 (2)
- ► November 2011 (1)
- ► October 2011 (6)
- ► September 2011 (53)
- ► August 2011 (42)