![]() |
10 Bobolian' Tombonuo terima pengiktirafan |
PITAS: Seramai 10 ‘Bobolian’ suku Dusun
Tombonuo di sini menerima sijil pengiktirafan daripada Persatuan Bangsa
Tombonuo Sabah (PBTS) sebagai bobolian atau pawang masrayakat itu dalam
satu majlis singkat diadakan di Pejabat PBTS, di sini baru-baru ini.
Sijil pengiktirafan itu yang turut diperakui oleh bahagian Mahkamah
Anak Negeri (MAN) Daerah Pitas dan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun
(KDCA) disampaikan oleh Setiausaha Kerja KDCA Dr Benedict Topin disaksikan Penyelaras Progam yang juga Bendahari Agung PBTS Daimin Kuddieng.
Presiden PBTS Akian Ahkiew menjelaskan
pengiktirafan itu sebagai penghargaan terhadap peranan serta
tanggungjawab para bobolian khususnya Bobolian Tombonuo dalam
masyarakat.
Menurut beliau, walaupun amalan ‘momolian’ (kepawangan) tidak lagi
popular pada masakini namun kepentingan serta keistimewaan amalan itu
dalam konteks budaya orang asal wajar dipelihara.
Tegas beliau sungguhpun pada era kebanyakan orang sudah beragama,
nilai-nilai murni yang menjadi tunjang kepada kepercayaan para bobolian
tidak harus diketepikan.
“Leluhur kita menjadikan amalan bobolian sebagai panduan dalam
kehidupan seharian bermula dari sudut peradaban, keharmonian mahupun
saling menghormati dan mengambil berat antara satu sama lain.
“Semua nilai murni yang diwarisi ini masih releven untuk diterap dan
dihidupi dalam masyarakat moden kini kerana tidak bertentangan dengan
kepercayaan individu beragama.
“Oleh itu, adalah diharapkan para bobolian tidak dipandang serong
dengan mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai kepercayaan sebab
perkara yang mereka percayai dan yakini itulah pegangan hidup mereka.
“Walaupun tidak bersetuju namun tidak boleh untuk tidak menghormati
kepercayaan mereka…dengan itu, perhubungan bermasyarakat akan terus
harmoni walaupun terdapat perbezaan keyakinan dan kepercayaan,” jelas
beliau.
Akian juga berharap generasi muda khususnya dari suku kaum Tombonuo
mempelajari dan mendalami upacara momolian bukan semata-mata untuk
dijadikan amalan tetapi lebih penting bagi memelihara identiri bangsa.
Sebelum penyerahan sijil, para bobolian terbabit terdiri daripada
kalangan wanita telah mengadakan upacara ‘Momokan Moma’au Nuh Goronoi’
(Memanggil Semangat Leluhur) di perkarangan pejabat PBTS
sebagai lanjutan kepada upacara sama yang diadakan di kaki Gunung
Kinabalu ekoran kejadian gempa bumi baru-baru ini dimana turut
melibatkan bobolian berkenaan.
Turut menerima sijil penghargaan pada majlis itu beberapa pembantu
bobolian lelaki yang dikenali sebagai ‘Toluwod’ dalam bahasa
Tombonuo.-OLEH RAPHIEL PINUS
0 comments:
Post a Comment