VIDEO - Serpihan pesawat di Pulau Reunion sah milik MH370
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
mengumumkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di Perancis
Julai lalu adalah daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Najib mengumumkan perkara berkenaan dalam satu sidang media tergempar awal pagi Khamis di sini.
"Hari ini selepas 515 hari sejak kehilangan pesawat tersebut, adalah
dengan berat hati saya memaklumkan bahawa pakar siasatan antarabangsa
mengesahkan serpihan itu sah bahagian daripada MH370.
"Kami mempunyai bukti fizikal bahawa, seperti yang saya umumkan pada Mac 24 tahun lalu, MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
"Bagi pihak Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
negara-negara, organisasi dan individu yang telah mengambil bahagian
dalam carian ini," kata Perdana Menteri.
Dalam pada itu, Najib turut menyatakan simpati serta menyampaikan doa kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu.
“Beban dan ketidakpastian yang dihadapi oleh keluarga mangsa pada masa ini tidak dapat diucapkan dengan kata-kata.
“Adalah menjadi harapan saya bahawa pengesahan ini, sungguhpun tragik
dan menyedihkan, sekurang-kurangnya akan membawa kepastian kepada
keluarga 239 orang yang berada di atas pesawat MH370,” ujarnya.
Selain itu, katanya Malaysia komited untuk melakukan apa sahaja dalam mencari kebenaran tentang kejadian ini.
“Dan saya berjanji: Malaysia akan sentiasa mengingati dan menghormati mereka yang hilang bersama pesawat MH370,” kata Najib.
Misteri kehilangan MH370 mula terungkai pada 29 Julai di kawasan pantai
Pulau Reunion di Lautan Hindi selepas pekerja pantai menemui serpihan
pesawat yang menyerupai sayap pesawat.
Pasukan pencarian
Australia berkata mereka ‘berkeyakinan tinggi’ flaperon yang dijumpai di
pulau tersebut yang berhampiran Madagascar itu adalah dari pesawat
MH370.
Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa Perancis kemudiannya mengesahkan “flaperon” tersebut bahagian pesawat jenis Boeing 777.
Spekulasi tersebar bahawa serpihan tersebut mungkin daripada MH370
kerana tiada insiden lain yang melibatkan pesawat jenis Boeing 777 yang
terhempas di air pernah dicatatkan.
Penerbangan MH370 hilang
sejak 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Beijing, China.
Penerbangan itu membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari radar selepas sejam berlepas.
Pada 29 Januari 2015, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia telah
mengistiharkan penerbangan MH370 sebagai kemalangan dan semua mereka
didalam pesawat itu dianggap maut.
Pengumuman itu dibuat supaya pampasan boleh dibayar kepada waris mangsa.
Sumber Astro Awani
Facebook
RSS Feed
Twitter
Halaman Blog Perkongsian Maklumat -Since July 2011-
Pages
Labels:
Artikel
Serpihan dari Pulau Reunion sah milik pesawat MH370 - Najib
Princeken Site
Thursday, 6 August 2015
SPONSER@PRINCEKENSITE
Translate
VIDEO PILIHAN MINGGU INI
IKLAN@PRINCEKENSITE
administrator
Senarai Artikel
-
►
2016
(8)
- ► March 2016 (8)
-
►
2011
(134)
- ► December 2011 (2)
- ► November 2011 (1)
- ► October 2011 (6)
- ► September 2011 (53)
- ► August 2011 (42)
Labels
Artikel
(32)
Bisnes
(3)
BORNEO
(6)
DUNIA
(93)
DUNIA GADDAFI
(2)
HIBURAN
(16)
INFO
(34)
ISU SEMASA
(21)
LAWAK
(11)
MOVIE
(2)
NEGARA
(7)
PELIK
(32)
PENGETAHUAN
(50)
RESIPI
(1)
SUKAN
(1)
TIPS / TRIK
(4)
VIDEO
(6)
My Best Follower
Artikel Popular
Sokongan Anda Diperlukan ( KLIK LIKE )
-princeken-