KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Dr Jeffrey
Kitingan telah menyerahkan plak asal Batu Sumpah kepada polis di
pejabatnya di Bingkor di sini pada Jumaat.
Plak Batu Sumpah itu
telah diterima oleh Pegawai Bahagian Jenayah Komersil IPK Sabah ASP
Pengiran Mohammad Zamri Pengiran Omar dengan disaksikan oleh Ketua
Daerah OKK Mohd Amir Datuk Arif serta pegawai kanan polis dari Ibu
Pejabat Daerah Keningau.
Selepas penyerahan plak itu, upacara
menandatangani surat penyerahan dilakukan antara Jeffrey dan Zamri
dengan disaksikan oleh Amir.
Surat ini adalah atas persetujuan
untuk menyerahkan plak asal Batu Sumpah kepada pihak polis sepertimana
yang dipohon oleh pegawai penyiasat polis dengan syarat dan jaminan
bahawa plak Batu Sumpah tidak akan hilang di bawah jagaan pihak polis,
plak ini akan diambil balik oleh Jeffrey untuk diserahkan secara sah
kepada pihak kerajaan negeri Sabah (Muzium) pada tempoh tarikh di antara
1 Ogos hingga 16 September 2015 dan plak Batu Sumpah ini tidak akan
diapa-apakan.
Jeffrey ketika berucap pada majlis itu berkata, plak
itu adalah yang asal dan mempunyai sejarah penting dalam pembentukan
Malaysia.
“Saya tidak jamin kalau saya simpan di rumah maka saya
serahkan kepada pihak polis di samping itu juga plak ini masih dalam
penyiasatan susulan mereka sehingga saya menyerah secara rasmi kepada
Ketua Menteri antara bulan Ogos hingga 16 Sept tahun ini.
“Sementara
itu biarlah plak ini disimpan dulu oleh polis bagi menjamin
keselamatannya selain menyiapkan penyiasatan polis terhadap plak ini,”
katanya.
Jeffrey turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis
dan ketua daerah sebagai ketua adat dan yang lain turut bersama-sama
dalam upacara ringkas itu.
Beliau juga berharap agar plak itu
dijadikan sebagai lambang perpaduan seluruh rakyat di negara ini dan
mudah-mudahan apabila batu sumpah itu sudah dipindahkan ke tempat yang
sesuai, diharapkan plak ini akan dilekatkan semula di tempat asalnya.
“Saya
percaya bila Batu Sumpah ini telah dipindahkan daripada bangunan
Urusetia Keningau semua rakyat boleh melihat, boleh mengunjungi dan
boleh menghormati batu sumpah ini sebagai satu ‘constitutional document’
dalam kerajaan Malaysia.
“Inilah permintaan saya agar plak ini
tidak dihilangkan lagi dan yang lebih penting jangan hilangkan jaminan,
‘Kerajaan Malaysia Jamin’ yang tertulis dalam plak asal ini,” katanya.
Plak
Batu Sumpah asal ini yang seberat lebih 20 kilogram telah disimpan
selama 20 tahun oleh pesara kerajaan, Kitingon Karikang dari Kampung
Nountunan Apin-Apin Keningau dan telah diserahkan kepada Jeffrey pada 4
Julai lalu.
Halaman Blog Perkongsian Maklumat -Since July 2011-
Pages
Labels:
BORNEO
Jeffrey serah plak asal Batu Sumpah kepada polis
Princeken Site
Monday, 3 August 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SPONSER@PRINCEKENSITE
Translate
VIDEO PILIHAN MINGGU INI
IKLAN@PRINCEKENSITE
administrator
Senarai Artikel
-
►
2016
(8)
- ► March 2016 (8)
-
►
2011
(134)
- ► December 2011 (2)
- ► November 2011 (1)
- ► October 2011 (6)
- ► September 2011 (53)
- ► August 2011 (42)
Labels
Artikel
(32)
Bisnes
(3)
BORNEO
(6)
DUNIA
(93)
DUNIA GADDAFI
(2)
HIBURAN
(16)
INFO
(34)
ISU SEMASA
(21)
LAWAK
(11)
MOVIE
(2)
NEGARA
(7)
PELIK
(32)
PENGETAHUAN
(50)
RESIPI
(1)
SUKAN
(1)
TIPS / TRIK
(4)
VIDEO
(6)
My Best Follower
Artikel Popular
Sokongan Anda Diperlukan ( KLIK LIKE )
-princeken-
0 comments:
Post a Comment