SELAMAT DATANG KE BLOG PRINCEKEN SITE 2016
SELAMAT DATANG KE BLOG PRINCEKEN SITE 2016

Tarikh Lahir dijadikan Tarikh akhir memperbaharui Lesen memandu.

Thursday, 21 July 2011

Lesen Memandu


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menimbangkan cadangan supaya tarikh lahir dijadikan tempoh akhir untuk memperbaharui lesen memandu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata hal ini kerana pemandu sering memberi alasan mereka terlupa untuk memperbaharui lesen memandu ketika operasi dijalankan.

“Sekiranya tarikh lahir pemandu tiba dalam tempoh enam bulan sebelum tamat tempoh lesen memandunya maka tiada bayaran yang akan dikenakan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat MCA pada Selasa.

Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya tarikh lahir pemandu dan tarikh tamat tempoh lesen memandunya jatuh lebih daripada tempoh enam bulan maka mereka akan dikenakan bayaran sebanyak 50 peratus untuk memperbaharuinya.

Beliau berkata pemandu masih dibenarkan memperbaharui lesen memandu mereka sehingga tempoh lima tahun walaupun sistem tersebut dilaksanakan.

Sumber: Rakan Bloger

0 comments:

Post a Comment

SPONSER@PRINCEKENSITE

 
PrinceKen's Site© © 2011 | Designed by PrinceKen, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum