Accio
digunakan untuk memanggil barang. Contohnya "Accio gelas" dan gelas akan datang ke arah penyerunya. Kata 'Accio' berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud 'Aku memanggil'.
Aguamenti
menciptakan air
Alohomora
membuka apa- apa yang terkunci/ tertutup (kunci mangga, kunci pintu dll)
Aresta Momentum
menghentikan momentum sesuatu objek
Ascendio
mengangkat badan kita sendiri ke atas
Avada Kedavra
Mantera paling jahat yang mampu membunuh lawan. Dalam bahasa Aramaic, 'Avada Kedavra' bererti 'I will destroy as I speak'. Bunyinya mirip dengan 'Abracadabra', yang merupakan mantera kuno dari abad kedua yang dipakai untuk meminta perlindungan.
Bombarda
menembusi tembok
Confundus
menjadikan orang terpinga- pinga
Crucio
mantera jahat yang biasa dipakai untuk menyiksa. Dalam bahasa Latin, 'crucio' bermaksud 'saya menyiksa'.
Expecto Patronum
Mantera penghasil patronus, satu-satunya makhluk yang mampu mengusir Dementor. Mantera ini diambil daripada bahasa Latin iaitu 'expecto' yang ertinya 'menunggu/berharap', dan 'patronus' yang ertinya 'pelindung'. Jadi, expecto patronum bererti 'menunggu datangnya pelindung'.
Expelliarmus
Fungsinya adalah untuk melepaskan tongkat sihir dari tangan musuh.
Diambil daripada bahasa Latin 'expellere' yang ertinya 'mengeluarkan/melepaskan', dan 'arma' yang ertinya 'senjata.'
Harmonia Nectere Passus
memindahkan benda ke tempat lain. Mantera untuk sepasang almari kembar yg ada di Room of Requirements.
Impedimenta
'Impedimenta' dalam bahasa Latin ertinya 'halangan'. Mantera ini biasa dipakai untuk membuat rintangan untuk
melengahkan pergerakan musuh.
Imperio
digunakan untuk menghipnosis orang lain.
Lumos
'Lumos' ertinya 'cahaya'. Mantera inilah yang dipakai ketika mahu menghasilkan cahaya pada hujung tongkat sihir.
Lumos maxima
cahayanya lebih terang daripada Lumos
Ockulus Reparo
Memperbaiki objek yang rosak
Partis Temporus
Jurus Dumbledore yang menghasilkan nyalaan api besar.
Petrificius Totalus
melumpuhkan lawan.
Protego
bersifat seakan- akan pelindung
Rictusempra
'Sempra' berasal dari kata 'sempre' yang ertinya 'selalu', manakala 'rictum' ertinya mulut/rahang yang terbuka. Rictusempra ini digunakan untuk membuat musuh jadi terus menerus ketawa.
Ridikulus
Berasal daripada bahasa Inggeris "Ridiculous" bererti merepek.
Sectumsempra
Ini adalah kebalikan dari rictusempra. Kesannya bukan ketawa, tetapi luka-luka kerana dalam bahasa Latin, 'sectum' bermaksud 'melukai/mencederai'.
Stupefy
Ini juga salah satu mantera yang sering digunakan semasa perang kerana efeknya tidak melukai. Sebaliknya ia hanya menjadikan orang bingung dan terpinga- pinga.
Vulnera Senentur
Menyembuhkan luka
Wingardium Leviosa
Fungsinya untuk membuat sebuah benda jadi terapung di udara. Asal katanya adalah gabungan dari bahasa Inggeris dan Latin. Wingardium berasal dari kata wing (bahasa Inggeris) bererti sayap, dan arduus (bahasa Latin) yang ertinya langit. Leviosa berasal daripada bahasa Latin, levare, yang ertinya mengangkat/mengambil.
Sumber : Princeken's Site
0 comments:
Post a Comment