SELAMAT DATANG KE BLOG PRINCEKEN SITE 2016
SELAMAT DATANG KE BLOG PRINCEKEN SITE 2016

Hasrat Def Gab C jejak Sabah tercapai!

Saturday, 16 July 2011

DEF Gab C ketika ditemuramah mengenai album baru.

SETELAH hampir lima tahun menyepi dipersada muzik tanah air, kumpulan Def Gab C kini muncul dengan nafas baru menerusi album baru mereka yang bertajuk ‘Neolithic’ dan pada 7 Julai lepas daerah Tawau telah dipilih kumpulan ini menjadi lokasi pertama di Sabah mempromosikan album baru mereka itu.

Nama Def Gab C yang tidak asing lagi bagi peminat-peminat muzik rock tempatan, kini telah tampil dengan imej yang segar dan genre muzik yang berlainan daripada lagu-lagu yang sebelum ini.

Walaupun album ‘Neolithic’ ini masih belum dipasarkan namun lagu-lagu baru album tersebut seperti lagu ‘Kurniaan’, ‘Cinta dimana’, ‘Rinai’ dan ‘Walaupun’ sudah boleh didengari di corong-corong radio.

Def Gab C yang dianggotai empat ahli, terdiri daripada Asyeed selaku (Vokalis), Eddie (Basis), dan dua muka baru Cha’a (Guitaris) serta Atong (Drumer), telah didatangkan khas oleh peneraju utama Ikon Theater Entertainment, Asdar Sulaiman.

Vokalis kumpulan itu, Asyeed, memberitahu bahawa ini adalah kali pertama Def Gab C menjejak kaki ke Negeri Dibawah Bayu, dan meraka sudah lama merancang untuk datang membuat persembahan disini, akhirnya tercapai.

“Kami difahamkan Def Gab C juga mempunyai fans yang ramai disini dan rasanya dengan sambutan yang baik kami oleh warga Tawau dapat menaikkan lagi semangat juang kami dalam industri muzik,” katanya ketika ditemuramah wartawan New Sabah Times di Arena Cafe, Khamis lalu.

Menurut Asyeed , album baru mereka ini dikeluarkan tepat dengan masanya disebabkan keadaan pengaruh muzik dari negara-negara luar yang semakin reda disamping permintaan peminat-peminat yang inginkan kemunculan kumpulan itu.

Album baru yang meletakkan 10 buah lagu itu memuatkan enam lagu baru antaranya ‘Kurniaan’, ‘Cinta Di Mana’, ‘Walaupun’, ‘Rinai’, ‘Suara Hati’ dan ‘Tunggu Aku’. Turut diselitkan juga empat lagu hitz lama mereka seperti ‘Merah’, ‘Cinta Sakti’, ‘Marilah Maria’ dan ‘Suara Hati’.

Disamping mempromosikan album, mereka juga turut mengadakan mini konsert yang bertempat di Fire Clubbing Star pada 8 julai lepas, dimana sambutan peminat-peminat kumpulan itu disini begitu meriah sekali.

Menyentuh pada konsert mereka baru-baru ini, peminat-peminat tidak dihampakan dengan persembahan mantap dari kumpulan itu ditambah lagi kelantangan penyanyinya (Asyeed) itu menerusi lagu-lagu baru dan lama mereka.

Def Gab C yang pernah merangkul Anugerah Kumpulan Rock Terbaik dan Album Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001, dijadualkan akan meneruskan rangka promosi mereka di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Asdar Sulaiman yang merupakan tulang belakang dalam atur cara promosi album kumpulan itu didaerah ini mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah memberikan kerjasama sepanjang promosi album itu berjalan.

Sumber: PK Site

0 comments:

Post a Comment

SPONSER@PRINCEKENSITE

 
PrinceKen's Site© © 2011 | Designed by PrinceKen, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum