SELAMAT DATANG KE BLOG PRINCEKEN SITE 2016
SELAMAT DATANG KE BLOG PRINCEKEN SITE 2016

MTV Single Baru Estranged, Borneo Sangat Kewl!

Wednesday, 13 July 2011

 

Khabarnya, MTV Borneo itu telah dihasilkan oleh Karen Chai iaitu pengarah yang sama daripada Singapura yang pernah mengarahkan muzik video mereka yang terdahulu iaitu Yang Pernah.

Patutlah kualiti dengan the makingnya dahsyat. Muzik video Borneo ini berlatar-belakangkan Gunung Kinabalu yang menjadi kebanggaan kita semua khususnya masyarakat di Borneo, Sabah. Sesuailah dengan judul lagunya yang turut mengambil nama Borneo.

Banyak lagi pemandangan menarik di sekitar Kota Belud (lokasi penggambaran) yang turut dipaparkan di dalam muzik video ini. Malah, aksi-aksi anggota Estranged dalam muzik video ni. Nampak ranggi dan bebas.

Namun, tak mudah sebenarnya menjayakan penggambaran muzik video ini. Lebih-lebih lagi dalam tempoh masa selaam 3 hari. Selain menghabiskan masa yang berjam-jam lamanya di dalam perjalanan, mereka juga perlu mengejar masa untuk memastikan mereka memerlukan pengcahayaan yang mencukupi untuk menjayakan penggambaran muzik video secara outdoor.

Bercakap pulak pasal lagu Borneo ini, ianya telah dirakamkan di 3 buah studio yang berlainan termasuklah di bilik Hanafi (salah seorang anggota Estranged yang jugak turut bermain untuk Reza Salleh).

Khabarnya lagu, lagu ini telah dirakamkan sebagai satu tribute buat kampung halaman vokalis Estranged iaitu Rich yang sememangnya berasal dari negeri di bawah bayu tersebut.
Sebab itulah dalam lagu ini, Estranged ada menyelitkan rhythm melodi daripada tarian tradisi Sabah sebelum mereka menukar arrangmentnya dengan lebih rocking dan grungy. Kalau tak percaya, korang tengoklah sendiri.


Sumber : Murai

1 comments:

  1. Princeken Site said...:

    Tinggalkan komen anda !!! ; )

Post a Comment

SPONSER@PRINCEKENSITE

 
PrinceKen's Site© © 2011 | Designed by PrinceKen, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum