SELAMAT DATANG KE BLOG PRINCEKEN SITE 2016
SELAMAT DATANG KE BLOG PRINCEKEN SITE 2016

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Sunday, 31 July 2011 0 comments

Info utk korang : Gambar Polis Beruniform Di Pelbagai Negara

Monday, 25 July 2011 1 comments

 Post kali ni saya pamerkan gambar2 polis beruniform di pelbagai negara untuk korang tengok, enjoy it ; ) princeken

CHINA

CHINA

HONG KONG

INDIA

INDONESIA

JAPAN

MALAYSIA

NORTH KOREA

PAKISTAN

PHILIPPINES

SINGAPORE

SOUTH KOREA

VIETNAM

TAIWAN

USA (Alamak Kantoi)

USA

Sumber : PK'S SITE

GAMBAR WOWWW... MASHA MILAN LONDOH...!!

Saturday, 23 July 2011 4 comments

Kalau artis muslim yang beraksi begini, sudah tentu mereka akan kena kritik habis-habisan oleh pelbagai pihak. Namun bagi Masha Milan Londoh... mungkin beliau sukar dikritik disebabkan beliau bukan muslim meskipun sering melakonkan watak Melayu dan wanita muslim di dalam drama mahupun filem.

Pasti ada yang menyokong dan mengatakan Masha boleh beraksi begitu dalam mana-mana majalah kerana beliau 'bukan Islam'. Namun begitu, pasti juga ada yang mengatakan aksi Masha ini agak 'melampau' dan ia mampu mempengaruhi anak-anak muda yang meminati lakonan dan nyanyiannya.






 Sumber : MyArtis

Captain America : The First Avenger - Official Trailer [HD]

Thursday, 21 July 2011 0 comments



Release Date: 28 July 2011
Language: English
Subtitle: Info Not Available
Genre: Action / Adventure
Running Time: 2 Hours 4 Minutes
Director: Joe Johnston
Cast: Chris Evan, Samuel L. Jackson, and Hugo Weaving

Synopsis: After being deemed unfit for military service, Steve Rogers volunteers for a top secret research project that turns him into Captain America, a superhero dedicated to defending America's ideals.


Captian America : The First Avenger


(Source: United International Pictures)

Green Lantern - Official Trailer 2 [HD]

0 comments




Release Date: 16 June 2011
Language: English
Subtitle: Info Not Available
Genre: Action
Running Time: 1 Hour 54 Minutes
Director: Martin Campbell
Cast: Ryan Reynolds, Blake Lively, Peter Sarsgaard, Tim Robbins, Mark Strong, Taika Waititi, Temuera Morrison, Angela Bassett, Jay O. Sanders, Jon Tenney

Synopsis: In a universe as vast as it is mysterious, a small but powerful force has existed for centuries. Protectors of peace and justice, they are called the Green Lantern Corps. A brotherhood of warriors sworn to keep intergalactic order, each Green Lantern wears a ring that grants him superpowers. But when a new enemy called Parallax threatens to destroy the balance of power in the Universe, their fate and the fate of Earth lie in the hands of their newest recruit, the first human ever selected: Hal Jordan. Hal is a gifted and cocky test pilot, but the Green Lanterns have little respect for humans, who have never harnessed the infinite powers of the ring before. But Hal is clearly the missing piece to the puzzle, and along with his determination and willpower, he has one thing no member of the Corps has ever had: humanity. With the encouragement of fellow pilot and childhood sweetheart Carol Ferris (Blake Lively), if Hal can quickly master his new powers and find the courage to overcome his fears, he may prove to be not only the key to defeating Parallax...he will become the greatest Green Lantern of all.

(Source: Warner Bros. Pictures)


Green Lantern

Tarikh Lahir dijadikan Tarikh akhir memperbaharui Lesen memandu.

0 comments

Lesen Memandu


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menimbangkan cadangan supaya tarikh lahir dijadikan tempoh akhir untuk memperbaharui lesen memandu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata hal ini kerana pemandu sering memberi alasan mereka terlupa untuk memperbaharui lesen memandu ketika operasi dijalankan.

“Sekiranya tarikh lahir pemandu tiba dalam tempoh enam bulan sebelum tamat tempoh lesen memandunya maka tiada bayaran yang akan dikenakan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat MCA pada Selasa.

Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya tarikh lahir pemandu dan tarikh tamat tempoh lesen memandunya jatuh lebih daripada tempoh enam bulan maka mereka akan dikenakan bayaran sebanyak 50 peratus untuk memperbaharuinya.

Beliau berkata pemandu masih dibenarkan memperbaharui lesen memandu mereka sehingga tempoh lima tahun walaupun sistem tersebut dilaksanakan.

Sumber: Rakan Bloger

Juara AF9 Hazama akan berkahwin !!

Wednesday, 20 July 2011 1 comments

Juara Af9 - Hazama

Juara Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9), Hazama Ahmad Azmi atau Hazama, 27, akan berkahwin dengan kekasihnya dalam masa tiga tahun lagi.

Hazama berkata, perancangan tersebut akan dilakukan selepas dia menamatkan pengajian jarak jauh, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Ketika diserapkan ke AF9, saya terpaksa menangguhkan pengajian buat seketika dan selepas ini saya akan sambung semula sehingga tamat pengajian dalam jangka masa tiga tahun.

“Selepas itu barulah boleh kahwin. Alhamdulillah, saya sudah selangkah ke depan dalam memajukan karier nyanyian serta kehidupan saya,” katanya.

Tambah Hazama, sebahagian wang tunai sebanyak RM200,000 yang dimenanginya itu, akan disimpannya termasuklah untuk menguruskan soal perkahwinan.

“Inilah kali pertama saya menerima sejumlah wang yang besar. Terlalu banyak perkara yang difikirkan. Selain menyimpan, mungkin saya akan menggunakannya berkaitan dengan kerjaya muzik saya,” tuturnya.

Sementara itu, sejak Hazama tampil dengan gaya bercelak sepanjang membuat persembahan pada konsert mingguan AF9, dia bercadang untuk mengekalkan imej tersebut.

Ini kerana imej tersebut membantu dirinya menjadi lebih yakin ketika berada di atas pentas.

“Bermula hari ini, saya akan muncul dengan imej bercelak, sama seperti pengetua kami, Amy Search.

“Apa-apa pun, kalau boleh saya mahu menjadi individu yang membawa imej berkenaan mahupun muzik kepada umum,” ujarnya yang mempunyai single lagu terbaru, Cinta Teragung.

Sumber: Rakan Bloger

TIPS - Cara Semak Saman Trafik Melalui SMS

1 comments

Langkah-langkah periksa saman trafik


Tuan / Puan boleh check saman polis trafik melalui sms dengan cara :

Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
contoh :  POLIS SAMAN 911809105110 hantar kepada 32728

atau untuk dapatkan maklumat lebih detail , taip sms :
SAMAN POLIS [no pendaftaran kenderaan] SEMUA , hantar kepada 32728

Kalau mahu detail saman dihantar ke alamat email, taip
POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728
 Contoh : POLIS SAMAN ABC123 akurempit@yahoo.com dan hantar ke 32728

Sumber: Rakan Bloger

Harry Potter kutip RM1.4 bilion

1 comments

SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem Harry Potter and the Deathly Hallows, Part 2.   

LOS ANGELES - Filem Harry Potter and the Deathly Hallows, Part 2 terus memecah rekod di pawagam antarabangsa hujung minggu lalu dengan kutipan tiket melepasi setengah bilion dolar dalam jumlah penerimaan di seluruh dunia selepas beberapa hari ditayangkan.

Pada malam Ahad lalu, filem itu telah mencapai kutipan AS$481.5 juta (RM1.4 bilion) di seluruh dunia dengan memecah rekod AS$312.3 juta (RM940.8 juta). kutipan itu datang dari 59 wilayah antarabangsa termasuk rekod di Britain iaitu AS$36.6 juta (RM110.2 juta) dan Australia AS$26.7 juta (RM80.4 juta).

Filem Transformers: Dark of the Moon pula meneruskan tarikan penonton antarabangsa pada minggu ketiga ditayangkan.

Selepas mendominasi carta selama dua minggu, filem arahan Micheal Bay itu masih menjadi kegemaran ramai apabila ia menambah kutipan sebanyak AS$39 juta (RM117.4 juta) di 9,300 lokasi.

Penambahan itu menyebabkan kutipan tiket filem tersebut bertambah kepada AS$460 juta (RM1.3 bilion) di seluruh dunia.

Sumber : Kosmo

Beckham dedah gambar anak perempuan

Tuesday, 19 July 2011 1 comments

GAMBAR David Bekham mendukung anak perempuannya yang disiarkan di laman Twitter.

LOS ANGELES - Gambar anak perempuan bintang bola sepak England, David Beckham disiarkan di laman Facebook dan Twitter, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Isteri, Beckham, Victoria yang merupakan bekas anggota kumpulan Spice Girls mendedahkan satu gambar tersebut di laman Twitter.

Beckham kemudian menghantar gambar Victoria bersama anak perempuannya itu di laman Facebook.
Anak perempuan Beckham yang bernama Harper Seven itu dilahirkan Victoria di sebuah hospital baru-baru ini.

Dalam gambar itu, Victoria mendukung anak perempuannya itu dengan keterangan gambar: "Anak perempuan daddy."

Salah satu gambar itu juga menunjukkan Beckham mendukung anak perempuannya.

Anak perempuannya itu sudah lama dinantikan Beckham kerana dia sebelum ini mempunyai tiga anak lelaki.

Tiga anak lelakinya itu bernama Brooklyn, Romeo dan Cruz.

Anak perempuan Beckham itu dilahirkan pada 10 Julai lalu melalui pembedahan.

Selepas pembedahan itu, Victoria menghantar mesej di Twitter dengan menyatakan: "Bayi Harper merupakan bayi yang paling comel pernah saya lihat."

Sumber: Kosmo

Mat Salleh sesat di Sabah !!

Sunday, 17 July 2011 1 comments

Saja share ngan korang pic ni !! heee... jangan marah.. apa2 pun ni adalah sejenis minuman tradisi di Sabah yg di pangil Tapai ... cara minum, lebih kurang Model ni la... ; )

Sumber : Princeken's Site

Bonus RM 208,079 seorang !

Saturday, 16 July 2011 1 comments

SEBUAH kedai rangkaian sukan Sports Direct yang terdapat di Britain.

LONDON – Seramai 2,000 kakitangan sebuah rangkaian kedai menjual pelbagai barang sukan, Sports Direct bakal mendapat bonus berjumlah AS$70,643 (RM212,458.83) setiap seorang dalam bentuk saham, lapor sebuah akhbar semalam. Bonus tersebut diberikan selepas kedai rangkaian barangan sukan terbesar 

Britain itu mencatat keuntungan besar selama dua tahun berturut-turut, Kedai itu, Sports Direct diasaskan oleh bekas jurulatih skuasy, Mike Ashley 29 tahun lalu.

Ia berjaya mencapai sasaran jualannya dengan keuntungan meningkat sebanyak 25 peratus pada tahun ini. Jumlah itu dipercayai saham terbesar yang pernah diberikan kepada pekerja kedai di Britain. Purata gaji tahunan kakitangan di kedai tersebut cuma AS$32,219 (RM96,898.65). Ashley mula membuka kedai itu di Maidenhead, Berkshire pada 1982.

Kira-kira 29 tahun kemudian, dia menguasai perniagaan runcit sukan di United Kingdom. Bonus itu layak diterima oleh pekerja yang sudah bekerja sekurang-kurangnya selama dua tahun. Namun, kakitangan kedai itu perlu menunggu sehingga Julai tahun depan jika mahu menebus saham tersebut. Kedai peruncitan Sports Direct kini merupakan syarikat senaraian awam di bursa saham dengan pendapatan tahunan AS$2.41 bilion (RM6.31 bilion) manakala Ashley memegang 71 peratus saham menjadikannya salah seorang lelaki paling kaya di Britain. Ashley juga pemilik kelab bola sepak Newcastle United.

Hasrat Def Gab C jejak Sabah tercapai!

0 comments

DEF Gab C ketika ditemuramah mengenai album baru.

SETELAH hampir lima tahun menyepi dipersada muzik tanah air, kumpulan Def Gab C kini muncul dengan nafas baru menerusi album baru mereka yang bertajuk ‘Neolithic’ dan pada 7 Julai lepas daerah Tawau telah dipilih kumpulan ini menjadi lokasi pertama di Sabah mempromosikan album baru mereka itu.

Nama Def Gab C yang tidak asing lagi bagi peminat-peminat muzik rock tempatan, kini telah tampil dengan imej yang segar dan genre muzik yang berlainan daripada lagu-lagu yang sebelum ini.

Walaupun album ‘Neolithic’ ini masih belum dipasarkan namun lagu-lagu baru album tersebut seperti lagu ‘Kurniaan’, ‘Cinta dimana’, ‘Rinai’ dan ‘Walaupun’ sudah boleh didengari di corong-corong radio.

Def Gab C yang dianggotai empat ahli, terdiri daripada Asyeed selaku (Vokalis), Eddie (Basis), dan dua muka baru Cha’a (Guitaris) serta Atong (Drumer), telah didatangkan khas oleh peneraju utama Ikon Theater Entertainment, Asdar Sulaiman.

Vokalis kumpulan itu, Asyeed, memberitahu bahawa ini adalah kali pertama Def Gab C menjejak kaki ke Negeri Dibawah Bayu, dan meraka sudah lama merancang untuk datang membuat persembahan disini, akhirnya tercapai.

“Kami difahamkan Def Gab C juga mempunyai fans yang ramai disini dan rasanya dengan sambutan yang baik kami oleh warga Tawau dapat menaikkan lagi semangat juang kami dalam industri muzik,” katanya ketika ditemuramah wartawan New Sabah Times di Arena Cafe, Khamis lalu.

Menurut Asyeed , album baru mereka ini dikeluarkan tepat dengan masanya disebabkan keadaan pengaruh muzik dari negara-negara luar yang semakin reda disamping permintaan peminat-peminat yang inginkan kemunculan kumpulan itu.

Album baru yang meletakkan 10 buah lagu itu memuatkan enam lagu baru antaranya ‘Kurniaan’, ‘Cinta Di Mana’, ‘Walaupun’, ‘Rinai’, ‘Suara Hati’ dan ‘Tunggu Aku’. Turut diselitkan juga empat lagu hitz lama mereka seperti ‘Merah’, ‘Cinta Sakti’, ‘Marilah Maria’ dan ‘Suara Hati’.

Disamping mempromosikan album, mereka juga turut mengadakan mini konsert yang bertempat di Fire Clubbing Star pada 8 julai lepas, dimana sambutan peminat-peminat kumpulan itu disini begitu meriah sekali.

Menyentuh pada konsert mereka baru-baru ini, peminat-peminat tidak dihampakan dengan persembahan mantap dari kumpulan itu ditambah lagi kelantangan penyanyinya (Asyeed) itu menerusi lagu-lagu baru dan lama mereka.

Def Gab C yang pernah merangkul Anugerah Kumpulan Rock Terbaik dan Album Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001, dijadualkan akan meneruskan rangka promosi mereka di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Asdar Sulaiman yang merupakan tulang belakang dalam atur cara promosi album kumpulan itu didaerah ini mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah memberikan kerjasama sepanjang promosi album itu berjalan.

Sumber: PK Site

Maksud2 Mantera & Video HD Trailer Harry Potter !!

Friday, 15 July 2011 0 comments


Accio
digunakan untuk memanggil barang. Contohnya "Accio gelas" dan gelas akan datang ke arah penyerunya. Kata 'Accio' berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud 'Aku memanggil'.

Aguamenti
menciptakan air

Alohomora
membuka apa- apa yang terkunci/ tertutup (kunci mangga, kunci pintu dll)

Aresta Momentum
menghentikan momentum sesuatu objek

Ascendio
mengangkat badan kita sendiri ke atas

Avada Kedavra
Mantera paling jahat yang mampu membunuh lawan. Dalam bahasa Aramaic, 'Avada Kedavra' bererti 'I will destroy as I speak'. Bunyinya mirip dengan 'Abracadabra', yang merupakan mantera kuno dari abad kedua yang dipakai untuk meminta perlindungan.

Bombarda
menembusi tembok

Confundus
menjadikan orang terpinga- pinga

Crucio
mantera jahat yang biasa dipakai untuk menyiksa. Dalam bahasa Latin, 'crucio' bermaksud 'saya menyiksa'.

Expecto Patronum
Mantera penghasil patronus, satu-satunya makhluk yang mampu mengusir Dementor. Mantera ini diambil daripada bahasa Latin iaitu 'expecto' yang ertinya 'menunggu/berharap', dan 'patronus' yang ertinya 'pelindung'. Jadi, expecto patronum bererti 'menunggu datangnya pelindung'.

Expelliarmus
Fungsinya adalah untuk melepaskan tongkat sihir dari tangan musuh.
Diambil daripada bahasa Latin 'expellere' yang ertinya 'mengeluarkan/melepaskan', dan 'arma' yang ertinya 'senjata.'

Harmonia Nectere Passus
memindahkan benda ke tempat lain. Mantera untuk sepasang almari kembar yg ada di Room of Requirements.

Impedimenta
'Impedimenta' dalam bahasa Latin ertinya 'halangan'. Mantera ini biasa dipakai untuk membuat rintangan untuk
melengahkan pergerakan musuh.

Imperio
digunakan untuk menghipnosis orang lain.

Lumos
'Lumos' ertinya 'cahaya'. Mantera inilah yang dipakai ketika mahu menghasilkan cahaya pada hujung tongkat sihir.

Lumos maxima
cahayanya lebih terang daripada Lumos

Ockulus Reparo
Memperbaiki objek yang rosak

Partis Temporus
Jurus Dumbledore yang menghasilkan nyalaan api besar.

Petrificius Totalus
melumpuhkan lawan.

Protego
bersifat seakan- akan pelindung

Rictusempra
'Sempra' berasal dari kata 'sempre' yang ertinya 'selalu', manakala 'rictum' ertinya mulut/rahang yang terbuka. Rictusempra ini digunakan untuk membuat musuh jadi terus menerus ketawa.

Ridikulus
Berasal daripada bahasa Inggeris "Ridiculous" bererti merepek.

Sectumsempra
Ini adalah kebalikan dari rictusempra. Kesannya bukan ketawa, tetapi luka-luka kerana dalam bahasa Latin, 'sectum' bermaksud 'melukai/mencederai'.

Stupefy
Ini juga salah satu mantera yang sering digunakan semasa perang kerana efeknya tidak melukai. Sebaliknya ia hanya menjadikan orang bingung dan terpinga- pinga.

Vulnera Senentur
Menyembuhkan luka

Wingardium Leviosa
Fungsinya untuk membuat sebuah benda jadi terapung di udara. Asal katanya adalah gabungan dari bahasa Inggeris dan Latin. Wingardium berasal dari kata wing (bahasa Inggeris) bererti sayap, dan arduus (bahasa Latin) yang ertinya langit. Leviosa berasal daripada bahasa Latin, levare, yang ertinya mengangkat/mengambil.





Sumber : Princeken's Site

VIDEO MISTERI ! Imej Bigfoot berjalan

0 comments



OSAWATOMIE, Amerika Syarikat (AS) - Satu rakaman video disiarkan di laman YouTube menunjukkan seekor makhluk berbulu berjalan seperti manusia pada waktu siang, lapor laman Ghost Theory semalam.

Imej itu menunjukkan makhluk itu berjalan di belakang beberapa buah pokok dekat tapak perkhemahan di Osawatomie, Kansas, AS.

SEEKOR makhluk berbulu berjalan dekat sebatang pokok dekat tapak perkhemahan di Osawatomie, Kansas, Amerika Syarikat baru-baru ini.


Sumber: Rakan Bloger

Peta penggunaan Flickr, Twitter dicipta

0 comments


LONDON – Seorang lelaki Britain, Eric Fischer menghasilkan sebuah peta dunia yang memberi maklumat mengenai taburan penggunaan laman jaringan sosial, di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Peta berkenaan menggabungkan data daripada laman perkongsian foto, Flickr dan laman jaringan sosial Twitter yang digemari oleh ramai selebriti.

Titik merah pada peta berkenaan mewakili Flickr manakala titik biru adalah Twitter.

Dalam peta itu, titik putih di tengah peta berkenaan pula merupakan lokasi-lokasi yang menggunakan kedua-dua perkhidmatan Flickr dan Twitter.

Peta itu mendedahkan bahawa Twitter digunakan di serata bandar raya ini yang memiliki 8 juta penduduk manakala Flickr pula tertumpu di selatan Sungai Thames.

Selain bandar raya ini, Fischer turut mengaplikasi tekniknya untuk melakar peta serupa melibatkan kota-kota utama dunia termasuk New York, Barcelona dan Tokyo.

Sumber : Kosmo

MTV Single Baru Estranged, Borneo Sangat Kewl!

Wednesday, 13 July 2011 1 comments

 

Khabarnya, MTV Borneo itu telah dihasilkan oleh Karen Chai iaitu pengarah yang sama daripada Singapura yang pernah mengarahkan muzik video mereka yang terdahulu iaitu Yang Pernah.

Patutlah kualiti dengan the makingnya dahsyat. Muzik video Borneo ini berlatar-belakangkan Gunung Kinabalu yang menjadi kebanggaan kita semua khususnya masyarakat di Borneo, Sabah. Sesuailah dengan judul lagunya yang turut mengambil nama Borneo.

Banyak lagi pemandangan menarik di sekitar Kota Belud (lokasi penggambaran) yang turut dipaparkan di dalam muzik video ini. Malah, aksi-aksi anggota Estranged dalam muzik video ni. Nampak ranggi dan bebas.

Namun, tak mudah sebenarnya menjayakan penggambaran muzik video ini. Lebih-lebih lagi dalam tempoh masa selaam 3 hari. Selain menghabiskan masa yang berjam-jam lamanya di dalam perjalanan, mereka juga perlu mengejar masa untuk memastikan mereka memerlukan pengcahayaan yang mencukupi untuk menjayakan penggambaran muzik video secara outdoor.

Bercakap pulak pasal lagu Borneo ini, ianya telah dirakamkan di 3 buah studio yang berlainan termasuklah di bilik Hanafi (salah seorang anggota Estranged yang jugak turut bermain untuk Reza Salleh).

Khabarnya lagu, lagu ini telah dirakamkan sebagai satu tribute buat kampung halaman vokalis Estranged iaitu Rich yang sememangnya berasal dari negeri di bawah bayu tersebut.
Sebab itulah dalam lagu ini, Estranged ada menyelitkan rhythm melodi daripada tarian tradisi Sabah sebelum mereka menukar arrangmentnya dengan lebih rocking dan grungy. Kalau tak percaya, korang tengoklah sendiri.


Sumber : Murai

Kapal terbang perang mendarat secara tegak

0 comments


DUXFORD, Britain - Sebuah kapal terbang yang pernah digunakan dalam pertempuran Perang Dunia Pertama mendarat dalam keadaan menegak, lapor sebuah akhbar semalam.

Pesawat itu mendarat dalam keadaan tegak kerana terdapat tiupan angin di bahagian muncung semasa ia membuat pendaratan pada Ahad lalu di sini.

Angin tersebut menyebabkan pesawat model Fokker Dreidekker itu hilang imbangan sekali gus menyebabkan ia mendarat secara menegak.

Orang ramai kemudian membantu juruterbang itu turun dari pesawat tersebut yang berada dalam keadaan menegak selepas ia mendarat.

Kejadian itu berlaku pada satu pertunjukan udara di Muzium Perang Imperial di sini.

Sumber: Kosmo

Nyawa Tiruan Telah Berjaya Dicipta !!

Monday, 11 July 2011 1 comments


Hasil penemuan baru ilmiah dilakukan ahli biologi warganegara Amerika Syarikat, Craig Venter telah mencipta ‘nyawa tiruan’ untuk kali pertama di makmalnya. Beliau bagaimanapun membidas tuduhan bahawa beliau mempermainkan kuasa Tuhan dengan melakukan kajian sebegitu.

Penciptaan sel sintetik yang digambarkan sebagai sebuah tonggak bersejarah dalam ilmu pengetahuan itu adalah mimpi menjadi nyata dari penelitian yang berlangsung selama 15 tahun.

Beliau 'mengembuskan' nyawa ke tubuh bakteria menggunakan gen yang disatukan melalui proses dalam sebuah konsep pengembangan dengan tujuan utama untuk membuat organisma material genetik di makmal.

Kajian beliau turut melibatkan pembuatan organisme tiruan yang direka untuk tugas-tugas khusus seperti membuat vaksin atau membersihkan pencemaran. Namun demikian, beberapa pakat melihat penemuan tersebut berpotensi membawa bahaya. Misalnya, nyawa sintetik boleh disalahgunakan untuk membuat senjata biologis.
Berbicara dalam program BBC2 Newsnight di Washington, Venter membantah tuduhan dirinya telah mempermainkan Tuhan. “Tuduhan itu selalu muncul setiap kali muncul penerokaan baru di dunia perubatan atau ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan biologi. Penelitian ini mempunyai tujuan kemanusiaan untuk mengawal sifat alam. Perkara itu sama seperti bagaimana kita menjinakkan haiwan,” katanya.

“Ini adalah peringkat lebih tinggi dari pemahaman kita. Ini adalah tahap dimana kita mulai memahami bagaimana kehidupan itu bekerja dan mungkin juga bagaimana kita bisa mengawal sistem mikrobiologi untuk kepentingan kemanusiaan,” tambahnya.

  Semasa ditanya adakah teknik baru tersebut boleh dibeli oleh pemilik modal besar, Venter menjawab, teknologi tidak untuk diperjualbelikan. “Kami berupaya mengembangkan teknologi ini untuk memajukan bidang perlindungan vaksin. Kami akan menggunakannya untuk mengembangkan pemahaman dasar dari kehidupan sel,” jelasnya.

Venter juga menyangkal keraguan sejumlah pihak bahawa teknologi itu akan digunakan sebagai bio-terorisme. “Sesetengah orang sepakat bahawa ada potensi yang berkembang yang teknologi boleh digunakan untuk kekerasan. Tapi ada juga yang meyakini jika pengembangan ini sangat berpotensi untuk membantu kehidupan manusia,” paparnya.

Sumber : Rakan Bloger

Sengaja masuk KL untuk ditahan

Sunday, 10 July 2011 0 comments

KHAIRY (tengah) ditahan ketika berhimpun di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Polis menyifatkan pemimpin-pemimpin tertinggi pembangkang sengaja membiarkan diri mereka ditahan apabila tetap memasuki ibu negara walaupun mahkamah mengeluarkan perintah melarang mereka berbuat demikian pada Khamis lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya telah menahan seramai 1,667 individu yang terlibat dalam perhimpunan haram tersebut termasuk 151 wanita dan 16 kanak-kanak.

Katanya, turut ditahan dalam perhimpunan tanpa permit itu ialah 12 pemimpin parti pembangkang dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

"Antara pemimpin yang ditahan termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga; Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

"Turut ditahan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh dan Ahli Parlimen kawasan Batu, Tian Chua," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.

Beliau berkata, pemimpin yang ditahan itu dilihat sengaja membiarkan diri mereka ditahan polis dengan berhimpun di kawasan yang telah dilarang kepada mereka.

Menurut Ismail, polis menganggarkan antara 5,000 dan 6,000 orang berkumpul di dua lokasi dekat Jalan Pudu dan pekarangan Stadium Merdeka dan berarak menuju ke Dataran Merdeka.

Sumber : Kosmo

Perhimpunan Haram '' GAGAL"

0 comments

POLIS melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan aktivis Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Selepas dua bulan mencanang propaganda untuk menarik penyertaan 300,000 orang, perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang berlangsung di ibu negara semalam menemui kegagalan apabila sekadar menarik 6,000 orang menyertainya.

Lebih mengecewakan, perhimpunan haram itu menyaksikan para pemimpin kanan pembangkang yang selama ini berselindung di sebalik nama Bersih turut gagal menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara sebagaimana dijanjikan.

Kegagalan Bersih yang dianggotai oleh 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu jelas berpunca daripada tindakan proaktif polis mengadakan kawalan keselamatan sejak kelmarin.

Tindakan tegas polis bermula dengan sekatan jalan raya di kesemua laluan masuk ke Kuala Lumpur serta penutupan 58 batang jalan dan kawasan tumpuan di pusat bandar sejak pukul 12.01 tengah malam semalam.

Kecekapan anggota polis membuat sekatan tersebut lebih awal telah berjaya menjejaskan komplot Bersih menyeludup masuk lebih ramai penyokong sekali gus mencetuskan huru-hara.

Lebih 1,000 anggota polis lengkap dengan trak meriam air serta helikopter dikerah mengawal kawasan-kawasan tumpuan para pengacau berhimpun sejak pagi.

Mereka mula membentuk kumpulan-kumpulan kecil dengan berhimpun dan berarak seawal pukul 8 pagi dari beberapa lokasi.

Antara lokasi tersebut ialah Masjid Negara, Masjid India, Pasar Seni, Jalan Raja Chulan, Kampung Baru dan Jalan Pudu-Bukit Bintang, Hentian Puduraya dan Menara Maybank sebelum berarak dalam hujan ke Stadium Merdeka.

Sumber : Kosmo

Peserta perhimpunan haram mula beredar

Saturday, 9 July 2011 0 comments


KUALA LUMPUR: Peserta perhimpunan haram mula beredar dari beberapa lokasi di ibu negara selepas hampir tujuh jam cuba berarak ke Stadium Merdeka dan Dataran Merdeka.

Kawalan pihak polis juga mulai dikurangkan di beberapa tempat.
Penganjur perhimpunan haram BERSIH juga dilaporkan gagal mengemukakan memorandum tuntutan berhubung pilihan raya kepada pihak Istana Negera.

Mereka kini mengadakan sidang media di Hotel Midah.

Lebih 600 individu termasuk beberapa pemimpin pembangkang, BERSIH dan Pemuda UMNO ditahan polis.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerus laman twitter, berkata beliau kini menjalani imbasan di sebuah hospital kerana cedera di kepala akibat terjatuh ketika memulakan perarakan dari Hotel KL Hlton.

Sumber : Berita Harian


Hebat !! Telur Ayam Pun Boleh Ditiru

0 comments

Semakin bereluasa penyalahgunaan kepintaran negara China yang terkenal dengan produk tiruan. Hal ini sudah lama terjadi iaitu kitra- kira sejak tahun 2008, mereka telah mencipta telur ayam palsu dengan menggunakan gelatin, resin, kalsium klorida, alum, kanji dan beberapa bahan kimia tambahan. Harga pasaran bagi telur tiruan ini ialah 0.55 Yuan sekilo manakala telur asli ialah 5.6 Yuan sekilo.







 
Sumber : Rakan Bloger

SPONSER@PRINCEKENSITE

 
PrinceKen's Site© © 2011 | Designed by PrinceKen, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum