SELAMAT DATANG KE BLOG PRINCEKEN SITE 2016
SELAMAT DATANG KE BLOG PRINCEKEN SITE 2016

KL Bonsai Orchids Show 8/2015 #KLBOS2015 #princeken2015

Monday, 17 August 2015 0 comments

KL Bonsai Orchids Show 2015 #KLBOS2015
























  

  







By, Princeken 8/2015

Video : Jambatan Gantung Hanyut

Friday, 7 August 2015 0 comments

Jambatan gantung yang terletak paling dekat dengan SK. Melangkap, Kota Belud

10 Bobolian' Tombonuo terima pengiktirafan

0 comments


10 Bobolian' Tombonuo terima pengiktirafan




PITAS: Seramai 10 ‘Bobolian’ suku Dusun Tombonuo di sini menerima sijil pengiktirafan daripada Persatuan Bangsa Tombonuo Sabah (PBTS) sebagai bobolian atau pawang masrayakat itu dalam satu majlis singkat diadakan di Pejabat PBTS, di sini baru-baru ini.
Sijil pengiktirafan itu yang turut diperakui oleh bahagian Mahkamah Anak Negeri (MAN) Daerah Pitas dan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) disampaikan oleh Setiausaha Kerja KDCA Dr Benedict Topin disaksikan Penyelaras Progam yang juga Bendahari Agung PBTS Daimin Kuddieng.
Presiden PBTS Akian Ahkiew menjelaskan pengiktirafan itu sebagai penghargaan terhadap peranan serta tanggungjawab para bobolian khususnya Bobolian Tombonuo dalam masyarakat.
Menurut beliau, walaupun amalan ‘momolian’ (kepawangan) tidak lagi popular pada masakini namun kepentingan serta keistimewaan amalan itu dalam konteks budaya orang asal wajar dipelihara.
Tegas beliau sungguhpun pada era kebanyakan orang sudah beragama, nilai-nilai murni yang menjadi tunjang kepada kepercayaan para bobolian tidak harus diketepikan.
“Leluhur kita menjadikan amalan bobolian sebagai panduan dalam kehidupan seharian bermula dari sudut peradaban, keharmonian mahupun saling menghormati dan mengambil berat antara satu sama lain.
“Semua nilai murni yang diwarisi ini masih releven untuk diterap dan dihidupi dalam masyarakat moden kini kerana tidak bertentangan dengan kepercayaan individu beragama.
“Oleh itu, adalah diharapkan para bobolian tidak dipandang serong dengan mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai kepercayaan sebab perkara yang mereka percayai dan yakini itulah pegangan hidup mereka.
“Walaupun tidak bersetuju namun tidak boleh untuk tidak menghormati kepercayaan mereka…dengan itu, perhubungan bermasyarakat akan terus harmoni walaupun terdapat perbezaan keyakinan dan kepercayaan,” jelas beliau.
Akian juga berharap generasi muda khususnya dari suku kaum Tombonuo mempelajari dan mendalami upacara momolian bukan semata-mata untuk dijadikan amalan tetapi lebih penting bagi memelihara identiri bangsa.
Sebelum penyerahan sijil, para bobolian terbabit terdiri daripada kalangan wanita telah mengadakan upacara ‘Momokan Moma’au Nuh Goronoi’ (Memanggil Semangat Leluhur) di perkarangan pejabat PBTS sebagai lanjutan kepada upacara sama yang diadakan di kaki Gunung Kinabalu ekoran kejadian gempa bumi baru-baru ini dimana turut melibatkan bobolian berkenaan.
Turut menerima sijil penghargaan pada majlis itu beberapa pembantu bobolian lelaki yang dikenali sebagai ‘Toluwod’ dalam bahasa Tombonuo.-OLEH RAPHIEL PINUS









Serpihan dari Pulau Reunion sah milik pesawat MH370 - Najib

Thursday, 6 August 2015


Serpihan dari Pulau Reunion sah milik pesawat MH370 - Najib


 VIDEO - Serpihan pesawat di Pulau Reunion sah milik MH370


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di Perancis Julai lalu adalah daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Najib mengumumkan perkara berkenaan dalam satu sidang media tergempar awal pagi Khamis di sini.

"Hari ini selepas 515 hari sejak kehilangan pesawat tersebut, adalah dengan berat hati saya memaklumkan bahawa pakar siasatan antarabangsa mengesahkan serpihan itu sah bahagian daripada MH370.

"Kami mempunyai bukti fizikal bahawa, seperti yang saya umumkan pada Mac 24 tahun lalu, MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

"Bagi pihak Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada negara-negara, organisasi dan individu yang telah mengambil bahagian dalam carian ini," kata Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Najib turut menyatakan simpati serta menyampaikan doa kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu.

“Beban dan ketidakpastian yang dihadapi oleh keluarga mangsa pada masa ini tidak dapat diucapkan dengan kata-kata.

“Adalah menjadi harapan saya bahawa pengesahan ini, sungguhpun tragik dan menyedihkan, sekurang-kurangnya akan membawa kepastian kepada keluarga 239 orang yang berada di atas pesawat MH370,” ujarnya.

Selain itu, katanya Malaysia komited untuk melakukan apa sahaja dalam mencari kebenaran tentang kejadian ini.

“Dan saya berjanji: Malaysia akan sentiasa mengingati dan menghormati mereka yang hilang bersama pesawat MH370,” kata Najib.

Misteri kehilangan MH370 mula terungkai pada 29 Julai di kawasan pantai Pulau Reunion di Lautan Hindi selepas pekerja pantai menemui serpihan pesawat yang menyerupai sayap pesawat.

Pasukan pencarian Australia berkata mereka ‘berkeyakinan tinggi’ flaperon yang dijumpai di pulau tersebut yang berhampiran Madagascar itu adalah dari pesawat MH370.

Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa Perancis kemudiannya mengesahkan “flaperon” tersebut bahagian pesawat jenis Boeing 777.

Spekulasi tersebar bahawa serpihan tersebut mungkin daripada MH370 kerana tiada insiden lain yang melibatkan pesawat jenis Boeing 777 yang terhempas di air pernah dicatatkan.

Penerbangan MH370 hilang sejak 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Beijing, China.

Penerbangan itu membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari radar selepas sejam berlepas.

Pada 29 Januari 2015, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia telah mengistiharkan penerbangan MH370 sebagai kemalangan dan semua mereka didalam pesawat itu dianggap maut.

Pengumuman itu dibuat supaya pampasan boleh dibayar kepada waris mangsa. 

Sumber Astro Awani

Bah Mari Menari - Anzlech Lecobiat Dance

Tuesday, 4 August 2015 0 comments


Jeffrey serah plak asal Batu Sumpah kepada polis

Monday, 3 August 2015 0 comments

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah menyerahkan plak asal Batu Sumpah kepada polis di pejabatnya di Bingkor di sini pada Jumaat.
Plak Batu Sumpah itu telah diterima oleh Pegawai Bahagian Jenayah Komersil IPK Sabah ASP Pengiran Mohammad Zamri Pengiran Omar dengan disaksikan oleh Ketua Daerah OKK Mohd Amir Datuk Arif serta pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Daerah Keningau.
Selepas penyerahan plak itu, upacara menandatangani surat penyerahan dilakukan antara Jeffrey dan Zamri dengan disaksikan oleh Amir.
Surat ini adalah atas persetujuan untuk menyerahkan plak asal Batu Sumpah kepada pihak polis sepertimana yang dipohon oleh pegawai penyiasat polis dengan syarat dan jaminan bahawa plak Batu Sumpah tidak akan hilang di bawah jagaan pihak polis, plak ini akan diambil balik oleh Jeffrey untuk diserahkan secara sah kepada pihak kerajaan negeri Sabah (Muzium) pada tempoh tarikh di antara 1 Ogos hingga 16 September 2015 dan plak Batu Sumpah ini tidak akan diapa-apakan.
Jeffrey ketika berucap pada majlis itu berkata, plak itu adalah yang asal dan mempunyai sejarah penting dalam pembentukan Malaysia.
“Saya tidak jamin kalau saya simpan di rumah maka saya serahkan kepada pihak polis di samping itu juga plak ini masih dalam penyiasatan susulan mereka sehingga saya menyerah secara rasmi kepada Ketua Menteri antara bulan Ogos hingga 16 Sept tahun ini.
“Sementara itu biarlah plak ini disimpan dulu oleh polis bagi menjamin keselamatannya selain menyiapkan penyiasatan polis terhadap plak ini,” katanya.
Jeffrey turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis dan ketua daerah sebagai ketua adat dan yang lain turut bersama-sama dalam upacara ringkas itu.
Beliau juga berharap agar plak itu dijadikan sebagai lambang perpaduan seluruh rakyat di negara ini dan mudah-mudahan apabila batu sumpah itu sudah dipindahkan ke tempat yang sesuai, diharapkan plak ini akan dilekatkan semula di tempat asalnya.
“Saya percaya bila Batu Sumpah ini telah dipindahkan daripada bangunan Urusetia Keningau semua rakyat boleh melihat, boleh mengunjungi dan boleh menghormati batu sumpah ini sebagai satu ‘constitutional document’ dalam kerajaan Malaysia.
“Inilah permintaan saya agar plak ini tidak dihilangkan lagi dan yang lebih penting jangan hilangkan jaminan, ‘Kerajaan Malaysia Jamin’ yang tertulis dalam plak asal ini,” katanya.
Plak Batu Sumpah asal ini yang seberat lebih 20 kilogram telah disimpan selama 20 tahun oleh pesara kerajaan, Kitingon Karikang dari Kampung Nountunan Apin-Apin Keningau dan telah diserahkan kepada Jeffrey pada 4 Julai lalu.

SPONSER@PRINCEKENSITE

 
PrinceKen's Site© © 2011 | Designed by PrinceKen, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum