SELAMAT DATANG KE BLOG PRINCEKEN SITE 2016
SELAMAT DATANG KE BLOG PRINCEKEN SITE 2016

BATMAN VS SUPERMAN - Dawn Of Justice di Pawagam 24 MAC ini !!! Jom serang ;)

Tuesday, 22 March 2016 0 comments

BATMAN VS SUPERMAN

Komposer terkenal Adnan Abu Hassan meninggal dunia

Friday, 18 March 2016 0 comments

Adnan (gambar) menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.17 pagi Jumaat di Hospital Selayang.


KUALA LUMPUR: Komposer tersohor, Datuk Adnan Abu Hassan, 57 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.17 pagi Jumaat di Hospital Selayang.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di hospital tersebut tengah malam Khamis kerana serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang.

Allahyarham hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.

Allahyarham pernah mencipta kegemilangan pada era 1980-an hingga awal dekad 2000.

Keadaan kesihatannya mula diperkatakan apabila kelihatan lemah ketika muncul pada Anugerah MeleTOP, dua tahun lalu.
 
Sumber: Astro Awani

Senarai pelepasan dan rebat cukai 2016

Thursday, 17 March 2016 0 comments

KUALA LUMPUR: Tinggal beberapa minggu lagi untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pastinya, ramai pembayar cukai di Malaysia sedang mengemaskini senarai pembelanjaan mereka sepanjang tahun oleh kerana ada yang layak mendapat pelepasan cukai.

Berikut adalah senarai rebat cukai yang layak dituntut oleh individu pemastautin di Malaysia dan senarai pelepasan cukai.


 Sumber : Astro Awani

Sarawak mansuhkan cukai tanah mulai hari ini - Adenan Satem

Tuesday, 15 March 2016 0 comments



ADENAN: Keputusan memansuhkan cukai tanah ini akan melibatkan 360,422 pemilik dan cukai berjumlah RM8.58 juta.

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mengumumkan pemansuhan cukai tanah untuk tanah pertanian dan tanah kediaman di negeri itu berkuatkuasa hari ini.

"Merujuk kepada pengumuman yang dibuat pada 26 Februari mengenai pemansuhan cukai tanah, saya ingin menyatakan pemansuhan ini tertakluk hanya kepada pekebun kecil dengan tanah pertanian yang kurang daripada 100 ekar (40 hektar) dan tanah kediaman.

Berkuatkuasa daripada 15 Mac (hari ini) cukai tanah tidak lagi dikenakan ke atas tanah ini. Semua tunggakan dan surcaj akan dikecualikan," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Adenan berkata keputusan memansuhkan cukai tanah ini akan melibatkan 360,422 pemilik dan cukai berjumlah RM8.58 juta atau 19 peratus daripada keseluruhan cukai tanah.
"Tanah pertanian pekebun kecil (kurang daripada 100 ekar) didaftarkan di bawah 173,752 pemilik dengan cukai sebanyak RM3.62 juta atau lapan peratus daripada jumlah cukai tanah manakala 186,670 pemilik tanah kediaman dengan cukai tanah sebanyak RM4.96 juta atau 11 peratus daripada jumlah cukai tanah," katanya.

[MOVIE] Tonton! Pertempuran Captain America dan Iron Men dalam Civil War

Friday, 11 March 2016 0 comments


Secara rasminya, buat pertama kali Marvel Studio telah melancarkan trailer penuh bagi filem sekuel  ‘Captain America : Civil War’. Filem yang diarahkan oleh  Joe Russo dan Anthony Russo pasti memberi kelainan dalam filem terbaru ini.

Filem ini mengisahkan Captain America  membentuk skuad supehero kecil sendiri, yang berkerjasama dengan kawan barunya Flacon. Konflik ini berlaku apabila perpecahan Avengers diantara Tony ‘ Iron Man’ dan Captain America bertentangan antara satu sama lain dan Bucky di tengah pergolakan mereka. Marvel Studio menampilkan pelakon hebat antaranya Chadwick Boseman sebagai  Black Panther, Jeremy Renner sebagai  Hawkeye, Paul Rudd sebagai  Ant Man, Elizabeth Olsen sebagai  Scarlett Witch, and Paul Bettany sebagai  The Vision. Filem ‘Captain America : Civil War’ bakal ditayangan diseluruh pawagam pada Mei 2016.

Marvel’s Captain America: Civil War in cinemas 28 April.

0 comments

Whose side are you on? #TeamCap #TeamIronMan

Adi wira atau supervillain: Siapa menyebabkan lebih banyak kerosakan?

0 comments


Pemerhatian terhadap sembilan filem blokbuster adi wira mendapati adi wira juga banyak menyebabkan kerosakan. -Gambar fail

 SALAH satu perkara yang paling dinanti apabila menonton filem adi wira pastinya adegan tempur di antara watak wira dan penjahat.

Ideologi pihak baik menewaskan kejahatan tidak hanya tertumpu pada pertembungan antara karakter antagonis dan protagonis sahaja, lantaran kesan sampingan persekitaran turut terkesan daripada perlawanan kedua teraju utama itu.

Laman Home Advisor membuat pemerhatian terhadap sembilan filem blokbuster adi wira lalu mengkaji kesan kerosakan yang dialami dunia rekaan itu sepanjang penayangan filem-filem berkenaan.

Ketahui sama ada para adi wira mahupun supervillian yang sebenarnya melakukan lebih banyak kerosakan dalam tempoh beberapa jam watak cereka ini beraksi di layar perak.


Avengers: Age of Ultron

Dianggap sebagai karakter adi wira, namun Hulk telah melakukan pelbagai kemusnahan teruk di sebuah bandar di Afrika semasa mindanya diganggu oleh Wanda Maximoff.


Ultron, Avengers: Age of Ultron
Kecerdasan buatan, Ultron menjadi watak antagonis dalam filem Avengers: Age of Ultron. -Foto AFP

Secara rambang, Hulk memusnahkan lif, tangga, jalan raya, keseluruhan pasar terbuka, tiga buah bangunan dan banyak kereta.

Berbicara mengenai kemusnahan, watak penjahat dalam filem ini iaitu Ultron dan konco-konco robotnya telah membinasakan keseluruhan negara rekaan Eropah dipanggil Sokovia.


Guardians of the Galaxy

Disebabkan jalan ceritanya banyak berlaku di angkasa lepas, kumpulan Star-Lord dan rakan-rakannya Gamora, Drax, Groot dan Rocket hanya melakukan kerosakan terhadap lima buah kereta sepanjang 122 minit filem berjalan.

Star-Lord
Chris Pratt melakonkan watak Peter Quill/Star-Lord dalam filem Guardians of the Galaxy. Foto AFP

Peperangan terakhir sekitar pengakhiran cerita akhirnya memusnahkan sebahagian bandar Xandar yang diduduki Empayar Nova.

Watak antagonis, Ronan menggunakan senjatanya Warhammer dan mengetuai angkatan perang bagi memusnahkan Xandar.


Iron Man 3

Pertempuran epik dalam filem yang dikeluarkan pada tahun 2013 ini, Iron Man berjaya menewaskan pasukan musuh namun mengakibatkan kerosakan teruk terhadap kawasan limbungan kapal.

Tony Stark, Iron Man
Robert Downey Jr sebagai Tony Stark dalam filem Iron Man 3 (2013). -Foto AFP

Bagaimana pula dengan kumpulan penjahat? Aldrich Killian lakonan Guy Pearce bersama pengikutnya yang menggunakan virus Extremis hanya memecahkan beberapa tingkap, memusnahkan menara air selain mengalahkan pasukan Air Force.


Man of Steel

Superman boleh dianggap sebagai salah satu superhero paling popular di dunia. Namun dalam persembahan terbaharu filem adi wira yang dikeluarkan pada  2013, Superman lebih banyak menyebabkan kerosakan berbanding para penjahat.

Superman
Man of Steel adalah adalah filem keenam Superman di layar perak. Foto AFP

Semasa remaja, Clark Kent menyebabkan bas sekolah terhumban ke dalam sungai.

Clark sebagai Superman pula terbang menembusi dua menara simpanan jagung dan sebuah stesen minyak selain menyebabkan kapal angkasa Zod terhempas ke bandar lalu menyebabkan puluhan bangunan pencakar langit musnah.


The Dark Knight Rises

Jika Superman adalah hero dengan kesan sampingan paling teruk, Batman pula boleh dianggap sebagai pejuang keamanan paling berhati-hati.

Pemerhatian kasar terhadap filem 'The Dark Knight Rises (2012)' mendapati Batman hanya menyebabkan kerosakan terhadap sebuah tingkap selepas menendang Bane ke arahnya.

Batman
Christian Bale sebagai Bruce Wayne/Batman dalam The Dark Knight Rises. Foto AFP

Bane dan kroninya pula menyebabkan kebinasaaan terminal komputer di Bursa Saham New York dan memasang pelbagai letupan di sekeliling bandar Gotham.

Anggaran kerosakan lain meliputi sebuah stadium, beberapa jambatan dan bangunan.


Captain America: The Winter Soldier

Filem penuh aksi ini menampilkan variasi babak kejar-mengejar, tembak-menembak dan perlawanan berskala sederhana.

Namun, Captain America berserta pengikutnya memecahkan puluhan tingkap, kereta, stesen bas dan lain-lain semasa menghalang tiga angkatan helicarrier yang dikendali musuh.

Captain America
Captain America dilakonkan oleh Chris Evans dalam pelbagai siri filem Marvel Cinematic Universe. -Foto AFP

Pada masa sama, kumpulan penjahat yang dinamakan Hydra beserta watak antagonis utama, Winter Soldier hanya memberi impak besar terhadap sebuah bangunan sahaja.


Thor: The Dark World

Pertarungan di antara Thor dan Malekith di pengakhiran filem 'Thor: The Dark World' berlangsung di Kolej Royal Naval yang terletak di London, England.

Thor
Kesinambungan jalan cerita Thor (Chris Hemsworth) diteruskan dalam filem Thor: The Dark World (2013). Foto AFP

Jika dibandingkan dengan filem-filem superhero lain, kemusnahan yang dialami filem kedua Thor ini adalah kecil. Namun para villian dianggap menjadi penyebab perlawanan akhir berlaku maka punca kerosakan boleh ditunding kepada mereka.


The Amazing Spider-Man 2

Spider-Man berjuang menewaskan Oscorp (organisasi yang mengkaji labah-labah) yang berusaha untuk menangkap adi wira itu dalam sekuel kedua filem reboot Spider-Man ini.
Kerosakan yang disebabkan Spider-Man adalah terlalu kecil dan hanya meliputi sebuah pemadam api, pondok telefon dan beberapa buah tingkap.

Spider-Man
Salah satu babak dalam The Amazing Spider-Man 2, antara Spider-Man dan Max Dillon/Electro. Foto AFP

Manakala para penjahat berkait dengan Oscorp (Electro, Rhino dan Green Goblin) telah membinasakan bermacam skrin video, puluhan kenderaan dan sebuah menara jam.

Tidak cukup dengan itu, Electro sahaja telah mengakibatkan lintar pintas yang langsung menyebabkan banyak bangunan runtuh.


X-Men: Days of Future Past

Pasukan X-Men giat berusaha untuk tidak meninggalkan sebarang bukti tentang penglibatan mereka kepada dunia luar.

Jika diamati, hanya kawasan dapur dan peralatan memasak di Pentagon yang rosak dalam usaha membebaskan Magneto di awal cerita.

X-Men: Days of Future Past
Aksi Michael Fassbender sebagai Erik Lehnsherr/Magneto dalam keluaran ketujuh filem X-Men. -Foto AFP

Walaupun tidak sebesar kehancuran dibuat oleh para penjahat dalam filem-filem lain, impak  kerosakan yang dilakukan Magneto diakui masih ketara.

Magneto memusnahkan trek kereta api, sebuah stadium bola lisut dan sebahagian daripada Rumah Putih.


Siapa sangka dalam usaha para adi wira mengalahkan niat jahat supervillain, mereka juga tidak terkecuali daripada menyebabkan kesan sampingan yang besar terhadap dunia sekeliling.

20 fakta mengenai Marvel yang tidak diketahui ramai -princeken-

0 comments

SIAPA sangka bahawa adiwira boleh dianggap sebahagian daripada pelopor industri perfileman moden masa kini?

Filem-filem yang menampilkan watak superhero sentiasa memperoleh reaksi positif malah mendapat kutipan yang memberangsangkan.

Sejak kejayaan filem pertama Marvel Cinematic Universe iaitu "Iron Man" pada tahun 2008, syarikat penerbitan komik itu kian dikenali dunia dan tidak termaktub kepada pengeluaran bahan bacaan sahaja.

Ketahui 20 fakta mengenai Marvel dan dunia fiksyen rekaannya yang tidak diketahui umum:

Marvel Darth Vader
Dr Doom menjadi inspirasi utama dalam rekaan watak ikonik Star Wars iaitu Darth Vader. - Foto AFP


Stan Lee
Meskipun bekerja di bawah Marvel selama 60 tahun, tahukah anda bahawa Stan Lee pernah memfailkan saman terhadap syarikat itu? Beliau dikatakan kecewa apabila mendapat tahu sebahagian keuntungannya tidak diberi Marvel. - Foto AFP


Michael Jackson
Sekitar tahun 1990an, Michael Jackson pernah mencuba untuk membeli Marvel, kerana dia mahu melakonkan watak Spider-Man dalam filem terbitannya sendiri. - Foto AFP


X-Men
Amerika Syarikat mempunyai undang-undang mengenai pengimportan alat permainan yang menyerupai manusia. Kadar cukainya agak mahal. Marvel berjaya menyakinkan mahkamah bahawa permainan figura X-Men keluaran mereka adalah mutan dan tidak seharusnya dikenakan cukai. - Foto AFP


Dust Marvel
Tahukah anda bahawa salah seorang ahli mutan X-Men adalah beragama Islam? Dust atau nama sebenarnya Sooraya Qadir mempunyai kebolehan menukar fizikal badan menjadi pasir lalu mengawalnya. - Foto Marvel


The Punisher Marvel
Ada sebuah keluaran istimewa komik Punisher pada tahun 1995 berjudul ‘The Punisher Kills The Marvel Universe’. Dalam isu tersebut, the Punisher membunuh kesemua superhero dan villain dalam dunia Marvel termasuk dirinya sendiri. - Foto YouTube


Hulk Marvel
Semasa sesi produksi filem 'The Avengers', krew tidak dapat merakam bunyi ngauman Hulk yang bagus. Lantas mereka menggunakan rakaman lama Lou Ferrigno yang pernah melakonkan Hulk pada 1977. - Foto YouTube


Marvel & DC Amalgram
Marvel dan DC comics pernah berganding bahu dan mencipta sebuah komik Amalgam bersama pada tahun 1996. Maka wujudnya watak-watak seperti Darkclaw (Batman + Wolverine), Super Soldier (Superman + Captain America) dan Iron Lantern (Green Lantern + Iron Man). - Foto Comic Vine


Nick Fury Marvel
Apabila diperkenalkan buat kali kedua, karekter Nick Fury direka menyerupai pelakon Samuel L Jackson tanpa pengetahuannya. Apabila menyedari persamaan tersebut, Samuel menghubungi Marvel dan memastikan bahawa dia akan dapat melakonkan watak itu dalam adaptasi layar perak filem-filem Marvel. - Foto Walt Disney Malaysia


Venom Marvel
Tahukah anda, penjahat dalam komik Spider-Man iaitu Venom adalah idea asal oleh peminat yang dibeli Marvel dengan harga USD200 (RM761)? - Foto YouTube


Blue Ear Marvel
Pada tahun 2002, seorang budak lelaki berusia 4 tahun tidak mahu memakai alat bantuan pendengaran kerana adiwira tidak memakainya. Justeru, Marvel mencipta satu superhero yang perlu memakai alat tersebut dipanggil Blue Ear. - Foto Marvel


Deadpool Deathstroke
Deadpool (Wade Wilson) sebenarnya dicipta sebagai satu ejekan terhadap karekter DC iaitu Deathstroke (Slade Wilson). - Foto Comic Vine


Spider-Man Marvel
Organisasi Planned Parenthood pernah bekerjasama dengan Marvel dan mengeluarkan edisi komik Spider-Man yang sangat pelik. Isu yang diterbitkan pada 1970 itu berkisar mengenai usaha menghalang para remaja dari melakukan seks tanpa perlindungan. - Foto AFP


Mr Immortal Marvel
Mister Immortal adalah watak ciptaan Marvel yang tidak mempunyai kuasa istimewa kecuali 'immortality' (hidup kekal abadi). Mister Immortal pernah dibunuh dengan pelbagai cara seperti ditembak, dilemaskan, ditikam, mati lemas, dihancurkan, kebuluran, dehidrasi, meletup, diracun, dipancung, terdedah radiasi dan dibakar. - Foto Marvel


Damage Control
Dalam dunia rekaan Marvel, wujudnya sebuah syarikat yang dipanggil Damage Control. Organisasi itu mengkhusus membersihkan masalah dan keadaan kucar-kacir yang dibuat superhero dan para 'villain'. - Foto Marvel


Spider-Man Marvel Mary Jane
Spider-Man mengahwini Mary Jane Watson pada tahun 1987. Marvel membuat satu acara bagi tujuan publisiti yang menampilkan pelakon berpakaian seperti Spider-Man dan Mary Jane, berkahwin di Stadium Shea. - Foto YouTube
Eminem Marvel
Penyanyi 'rap' Eminem juga adalah satu karekter dalam dunia Marvel! - Foto Marvel


Tony Stark Iron Man Marvel
Iron Man diilham oleh Stan Lee sebagai satu cabaran untuk mencipta adiwira yang tidak akan disukai oleh para peminat. - Foto AFP


Puteri Diana
Marvel mengumumkan pada 2003 bahawa mereka bercadang untuk menerbitkan edisi khas komik berjudul ‘Di Another Day’. Koleksi yang dikhabarkan sebanyak 5 bahagian itu menampilkan Diana, Puteri Wales yang hidup semula sebagai mutan dan mempunyai kuasa luar biasa. - Foto AFP


Avengers
Jika anda tertanya mengapa Spider-Man tidak tersenarai dalam fasa pertama dan kedua filem The Avengers adalah kerana Marvel menjual hak perfileman kepada Sony. Spider-Man akan membuat kemunculan dalam filem Captain America: Civil War pada tahun 2016. - Foto Walt Disney Malaysia

SPONSER@PRINCEKENSITE

 
PrinceKen's Site© © 2011 | Designed by PrinceKen, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum