![]() |
Majlis Penyerahan Gelaran Datuk Buat AC Mizal |
KUALA LUMPUR, 22 DISEMBER 2011: Akhirnya masa yang dinantikan buat pengacara Maharaja Lawak Mega, AC Mizal untuk menghadiri majlis rasmi bagi penyerahan gelaran Datuk buatnya kini menjadi kenyataan.
Dia akan berada di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang hari ini bagi menghadiri sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah sekali gus penyerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk buatnya.
AC Mizal bersama isteri yang ditemui portal murai.com.my sebelum majlis pelancaran laman sosial terbaru, MFace di sini semalam berkata, dia telah diundang oleh pihak Istana Pahang awal minggu ini untuk menghadiri majlis bermakna berkenaan.
"Setelah dikurniakan oleh Sultan Pahang pada tahun lalu, kini tibalah giliran saya untuk menerima gelaran itu dalam satu majlis penuh istiadat," katanya ringkas.
Undangan ke majlis penerimaan darjah kebesaran berkenaan sekali gus menutup segala dakwaan yang mengatakan gelaran yang dibawanya itu selama ini tidak sah.
Malah lebih manis lagi, apabila majlis penyerahan darjah berkenaan diadakan sehari sehari selepas ulang tahun kelahirannya yang ke-40 iaitu pada hari semalam.
Sumber yg boleh dipercayai ; )