SELAMAT DATANG KE BLOG PRINCEKEN SITE 2016
SELAMAT DATANG KE BLOG PRINCEKEN SITE 2016

Bertumbuk semasa berdebat di TV

Monday, 19 September 2011 0 comments

Sergei Polonsky terjatuh dari pentas selepas ditumbuk oleh Alexander Lebedev.


MOSCOW - Seorang hartawan Rusia yang memiliki dua stesen televisyen di Britain, Alexander Lebedev menumbuk seorang ahli perniagaan, Sergei Polonsky dalam satu rakaman perdebatan di stesen televisyen NTV, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia menumbuk Polonsky di depan sejumlah penonton sehingga menyebabkan ahli perniagaan itu melarikan diri dan terjatuh dari pentas.

Lebedev berkata, dia terpaksa bertindak menumbuk ahli perniagaan tersebut kerana bimbang akan ditumbuk terlebih dahulu.

Ketika kejadian, kedua-dua ahli perniagaan itu berdebat mengenai krisis ekonomi global.

Lebedev yang merupakan bekas ejen agensi perisikan Kesatuan Soviet, KGB, kini memiliki akhbar The Independent dan London Evening Standard.

Menurut tulisan dalam blognya, Lebedev mendakwa Polonsky terlalu agresif dalam perdebatan tersebut.

"Dalam situasi kritikal, tiada pilihan lain lagi. Saya meneutralkannya," kata Lebedev.

Dia menumbuk Polonsky di bahagian kepala menyebabkannya dia terjatuh dari pentas.

Beberapa orang kemudian tampil untuk menenangkan kedua-dua ahli perniagaan tersebut.

Lebedev merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia dengan kekayaannya dianggarkan AS$3.1 bilion (RM9.58 bilion).

Dia juga memiliki syarikat penerbangan Aeroflot dan akhbar Rusia, Novaya Gazeta.

PM Itali berasmara dengan lapan wanita satu malam

0 comments

SILVIO BERLUSCONI


ROM - Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang berusia 74 tahun mengaku dia pernah berasmara dengan lapan wanita dalam satu malam, lapor sebuah akhbar semalam.

Beliau menyatakan demikian semasa berbual menerusi telefon dengan seorang ahli perniagaan, Giampaolo Tarantini.

Dalam perbualan itu, Berlusconi menyatakan beliau hanya mampu berasmara dengan lapan daripada 11 wanita yang berada di luar rumahnya.

Panggilan telefon itu dibuat pada tahun baharu 2009.

Ia merupakan sebahagian daripada 100,000 intipan perbualan yang dirakamkan dan didedahkan untuk siasatan kes lapan individu yang dituduh membekalkan wanita teman sosial dalam parti anjuran Berlusconi.

Salah seorang wanita teman sosial itu, Maria Teres De Nicolo, 38, mendakwa dia tidur dengan Berlusconi.

"Sebelum saya pergi ke partinya, saya diberikan wang AS$1,378 (RM4,258)," katanya.

Berlusconi menafikan melakukan sebarang salah laku dan membayar upah untuk tujuan seks.

Lelaki pada tahun 1870 seiras Nicholas Cage

0 comments

WAJAH seorang lelaki seiras pelakon Nicholas Cage yang dirakamkan pada 1870.


LOS ANGELES - Seorang penjual barangan antik, Jack Mord telah melelong sekeping gambar seorang lelaki pada tahun 1870 yang mempunyai wajah seiras pelakon terkenal, Nicholas Cage pada harga permulaan AS$1 juta (RM3.09 juta) di laman e-Bay, lapor sebuah akhbar semalam.

Penjual itu turut bergurau dengan menyatakan dia memiliki sekeping gambar yang membuktikan Cage bukan sekadar pelakon tetapi juga puntianak yang hidup pada era Perang Saudara Amerika.

Cage yang berusia 47 tahun pernah membintangi filem Con Air dan Ghost Rider. Isteri Cage, Alice Kim berusia 27 tahun.

Menurut penjual itu, gambar tersebut merupakan seorang lelaki yang tinggal di Bristol, Tennessee ketika zaman perang Saudara Amerika.

Gambar tersebut telah ditemui di dalam sebuah album yang mengandungi banyak gambar penduduk yang terbunuh dalam peperangan saudara itu.

Ahli biologi tangkap ular gergasi

0 comments

NIALL MCCANN (kanan) bergambar dengan seekor ular sawa gergasi yang ditangkapnya di tebing Sungai Rewa, Guyana baru-baru ini.


GEORGETOWN - Seorang pengembara, Niall McCann berjaya menangkap seekor ular sawa gergasi sepanjang 5.48 meter dan seberat 100 kilogram di sebuah hutan di Guyana, lapor sebuah akhbar semalam.

McCann yang merupakan seorang ahli biologi dari Cardiff, Britain yang berusia 29 tahun menemui ular tersebut di tebing Sungai Rewa.

Dia menangkap ular tersebut bersama sekumpulan pasukannya yang terdiri daripada penduduk tempatan.

Lidah manusia paling panjang di dunia

0 comments

CHANEL TAPPER memiliki lidah manusia paling panjang di dunia.


LOS ANGELES - Seorang pelajar di California, Amerika Syarikat memiliki lidah paling panjang di dunia dengan ukuran 9.75 sentimeter, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelajar tersebut, Chanel Tapper diiktiraf dalam Guinness Book of World Records pada 2011 ekoran lidahnya yang luar biasa itu.

Menurutnya, dia menerima reaksi positif apabila lidahnya itu dijelirkan di depan orang ramai

"Mereka meminta saya melakukannya sekali lagi," katanya.

Chanel berkata, beberapa wanita menjerit apabila mereka melihat lidahnya.

Gorila mandi dalam tab mandi

Saturday, 17 September 2011 0 comments

SEEKOR anak gorila mandi dalam tab mandi dirakamkan di Zoo Twycross, Midlands pada 1967.


MIDLANDS, Britain - Seekor anak gorila, Joe gemar mandi di dalam tab mandi seperti kanak-kanak, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Joe dimandikan dalam sebuah bilik mandi di Zoo Twycross, Leicestershire.

Seterusnya, gorila itu bermain-main di sekitar tab mandi sebelum menuju ke arah tab lain dan cuba meminum air menerusi paip.

Rakaman tersebut dibuat pada tahun 1967 dan disimpan dalam arkib video British Pathe tetapi ia ditayangkan kepada umum baru-baru ini.

Cahaya misteri di selatan AS

0 comments

SALAH satu imej bebola api yang ganjil dilihat penduduk di selatan AS pada Rabu lalu.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Satu cahaya terang yang meluncur di langit barat daya AS pada waktu malam dipercayai merupakan sebutir asteroid yang memasuki atmosfera Bumi, kata seorang saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) kelmarin.

Ribuan orang dari selatan California hingga ke negeri Arizona melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan dan pihak media pada Rabu lepas bahawa mereka melihat cahaya terang itu bergerak laju dari barat ke timur sekitar pukul 7.45 malam waktu tempatan.

Ramai yang memberitahu cahaya itu berwarna hijau kebiruan manakala sebahagian lagi menyatakan ia berwarna oren dan kuning.

Beberapa orang pula turut merakamkan cahaya ganjil tersebut.

Imej itu dilihat dari bandar Phoenix di negeri Arizona ke bandar Las Vegas, di negeri Nevasa dan Los Angeles di California.

Ketua Program Objek Berhampiran Bumi NASA, Don Yeomans berkata, beliau yakin cahaya itu berasal daripada pecahan asteroid sebesar bola keranjang atau bola besbol berbentuk bebola api yang memasuki atmosfera Bumi dan hancur sebelum ia jatuh ke tanah.

Menurutnya, fenomena itu merupakan kejadian biasa yang berlaku pada setiap minggu.

Namun, katanya, ia biasa berlaku di lautan dan jarang dilihat oleh manusia.

"Adalah ganjil objek sebesar ini dilihat di kawasan-kawasan penempatan penduduk," kata Yeomans.

Beliau menolak fenomena itu disebabkan oleh kapal angkasa lepas yang rosak yang jatuh ke Bumi kerana insiden itu boleh diramalkan sebelum ia berlaku.

Planet dalam filem Star Wars ditemui

0 comments

LAKARAN artis menunjukkan sebuah planet mempunyai dua matahari.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - fiksyen sains bertukar menjadi realiti apabila beberapa saintis menemui sebuah planet yang dikelilingi dua matahari, lapor sebuah akhbar semalam.

Penemuan itu dibuat lebih tiga dekad selepas fenomena tersebut pertama kali digambarkan dalam filem Star Wars. Satu adegan filem fiksyen sains berkenaan menunjukkan aktor Luke Skywalker berjalan di permukaan sebuah planet dengan dua matahari kelihatan di langit planet itu yang dikenali sebagai Tatooine.

Lebih tiga dekad kemudian, saintis-saintis AS menemui sebuah planet serupa yang dikenali sebagai Kepler-16b.

Saiz planet berkenaan sebesar Planet Zuhal dan ia terletak pada jarak 200 tahun cahaya dari Bumi.

Saintis-saintis AS membuat penemuan itu dari kapal angkasa Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA).

"Kita akan dapat melihat dua matahari pada waktu senja di planet itu," kata beberapa saintis berkenaan.

Seorang saintis Institut Carnegie di AS, Alan Boss memberitahu, planet Kepler-16b dikelilingi dua bintang.

Satu tahun di planet itu bersamaan dengan 229 hari di Bumi.

"Sekali lagi, apa yang dipaparkan dalam sains fiksyen bertukar menjadi realiti," kata Boss.

Sumber: Kosmo

Kaki kuda seperti kasut Aladin

0 comments

KEEMPAT-EMPAT kaki kuda yang bernama Jerry mempunyai kuku seperti kasut Aladdin.


TAUNTON, Britain - Seekor kuda bernama Jerry diabaikan menjadi obes sehingga berat haiwan itu bertambah 127 kilogram (kg) dan mempunyai kuku kaki berbentuk kasut Aladdin, lapor sebuah akhbar semalam.

Aladdin ialah seorang pemuda Muslim yang mencari teko ajaib seperti diceritakan dalam kisah Seribu Satu Malam.

Namun nasib haiwan berkuku seperti kasut Aladdin itu bertukar apabila ia diselamatkan dari sebuah ladang di Somerset semasa ia hidup bersama sejumlah lembu.

Setelah dua tahun kuku kakinya tidak dipotong sehingga membuatkan haiwan itu kesakitan setiap kali berjalan, ia kini dirawat di sebuah pusat penjagaan haiwan.

"Kukunya sepanjang 30.5 sentimeter (sm) menyebabkan ia menjadi seperti kasut Aladdin," kata seorang penjaga di pusat pemulihan kuda HorseWorld, Joanne Vaughn.

Kuku itu sepatutnya dipotong setiap enam hingga lapan minggu bagi mengelak ia menjadi panjang.

Haiwan tersebut ditemui bersama seekor lagi kuda, Jojo, dalam keadaan menyedihkan oleh beberapa pegawai kebajikan haiwan.

Selama enam bulan menjalani pemulihan, Jerry kehilangan berat badan sehingga 114kg dalam tempoh enam bulan menyebabkan beratnya kini menurun kepada 438.17kg.

Selama tempoh itu juga, Jerry dan Jojo terpaksa mengambil ubat penahan sakit dan memakai alas kaki khas bagi membantu proses pemulihan mereka.

Apa itu Churp Churp?

1 comments

 Kenali Churp Churp :

  1. Apa itu Churp Churp?


    Jika anda suka berkongsi kemeriahan, produk dan trend terkini dengan rakan-rakan anda, Churp Churp adalah untuk anda! Komuniti kami memberi ganjaran kepada pengaruh media sosial seperti anda untuk meyebar mesej-mesej tentang berita terkini,kempen-kempen dan acara-acara! Sebagai seorang member, anda berhak menyertai peraduan-peraduan dan acara-acara yang kami anjurkan dari masa ke masa untuk anda berkenalan dengan Churpers lain! Anda akan dapat notifikasi emel tentang berita-berita dan acara-acara terkini dari masa ke masa. Hebat, kan?
  2. Bolehkah saya sertai ChurpChurp?

    facebook, vimeo, twitter
    Sudah tentu! Anda boleh sertai Churp Churp sekiranya anda adalah pengguna media sosial! Jangan risau jika anda tiada akaun Facebook atau Twitter, anda masih boleh berkongsi melalui platform lain contoh: Blog, Instant Messenger dan lain lain lagi! Sudah tentunya, lebih platform = lebih cara untuk kongsi = lebih ganjaran!
  3. Adakah ini bermaksud saya akan menghantar spam kepada rakan-rakan saya dalam bentuk iklan?

    Tidak! Kami membenarkan anda memilih seberapa kerap anda ingin menyebarkan mesej-mesej juga mesej yang manakah lebih menarik perhatian rakan-rakan anda! Tapi sudah tentunya anda boleh menyebar seberapa kerap yang anda ingin untuk pendedahan maksimum!

Getting Started:

  1. Bagaimanakah saya boleh mula menggunakan Churp Churp?

    Pendaftaran Churp Churp sungguh mudah, semacam ABC! Anda boleh daftar menggunakan sama ada akaun Facebook anda atau akaun Twitter anda. Ikutilah arahan yang dipaparkan dan secara rasminya anda jadi seorang Churper! Klik sini untuk mula!
  2. Bagaimanakah ChurpChurp berfungsi?


    Adanya dua cara untuk anda menyebarkan mesej-mesej kepada rakan-rakan anda: Social Sharing dan Social Sedding. Anda dapat mencari Social Sharing kempen pada Laman Utama Churp Churp dan anda bolehlah berkongsi kempen serta-merta! Untuk Social Seeding, anda akan menerima notifikasi emel sekira anda dipilih!
  3. Apakahh gunanya untuk meyambungkan akaun Facebook dan Twitter?

    Sebahagian kempen memerlukan Seeding atas Facebook atau Twitter akaun. Dengan menyambungkan mereka, anda dapat peluang yang lebih tinggi untuk dipilih oleh kami!

Social Share:


  1. Apakah itu Social Share?

    tweet bird speakers
    Social Share memberi pilihan kepada anda untuk memilih kempen yang anda suka dan kongsikannya kepada rakan-rakan anda! Anda akan dapat ganjaran atas setiap klik unik yang anda dapat dari link peribadi anda! Tiada had atas berapa kempen yang anda boleh kongsi!
  2. Bagaimanakah saya melaksanakan Social Sharing?

    Sungguh mudah! Pilihlah kempen yang mana-mana yang anda suka untuk berkongsi dalam Halaman Utama Churp Churp, karang mesej anda dengan link peribadi anda dan pilih platform-platform yang anda ingin berkongsi dengan! Semakin banyak anda menyebar, semakin tinggi pelung untuk mendapat ganjaran yang lumayan!

  3. Bolehkah Churp Churp meyebarkan mesej-mesej Social Share saya secara automatik?

  4. Ya! Anda boleh membenarkan Churp Churp menyebarkan mesej-mesej Social Share secara automatik. Anda boleh pilih frekuensi sebaran yang anda gemari. Mesej-mesej Social Share anda akan dipaparkan ke platform-platform yang anda izinkan.
  5. Apakah yang Digalakkan dan Dilarangkan dalam Social Share?

    Kami menggalakkan anda untuk mempersonalisasikan mesej-mesej anda semasa berkongsi ke Facebook, Twitter atau sebarang rangkaian platform sosial atau emel dan hanya berkongsi kepada rakan-rakan anda yang mungkin minat. Kami tidak menggalakkan anda menghantar spam ke halaman Facebook pengiklan dan pesaing mereka, berkongsi atas halaman web yang mecurigakan atau servis Pay to Click (PTC) dan meyebar kan dengan mesej yang memesongkan.

  6. dos and donts

Social Seeding:

  1. Apa itu Social Seeding?

    seed, fb, twitter
    Kempen Social Seeding adalah kempen khas dipilih untuk anda. Jika anda dipilih untuk suatu kempen, anda akan menerima notifikasi melalui emel. Kempen itu akan dipaparkan di halaman utama dan anda akan diberikan satu ringkasan untuk karang mesej anda di platform-platform yand tertentu seperti Twitter, Facebook atau Forum.
  2. Bagaimanakah saya melaksanakan Social Seeding?

  3. Bilakah mesej Social Seeding saya akan dipaparkan?

    Mesej-mesej Social Seeding akan dipaparkan atau dikehendaki untuk dipaparkan oleh anda semasa tempoh kempen. Hantarlah tweet Social Seeding anda secepat mungkin supaya anda dapat peluang yang lebih tinggi untuk diluluskan! Anda tidak mahu mesej anda dipapar secara rawak kan?


Terima Ganjaran:

  1. Saya telah mengongsi kempen-kempen. Bilakah saya akan menerima ganjaran?

    money bag
    Ganjaran akan dikreditkan dalam masa satu minggu selepas kempen tamat. Penipuan klick tidak akan ditoleransikan dan pesalah tidak akan dapat sebarang ganjaran. Bacalah dengan teliti garis panduan untuk Social Share :sini
  2. Berapakah had kempen yang boleh saya kongsi serentak?


    Tidak! Anda boleh berkongsi sebanyak yang anda hendak. Tiadanya had atas berapa kempen yang boleh anda berkongsi serentak.
  3. Bagaimanakah saya boleh dapat ganjaran dari kempen-kempen?

    Social Share mengganjari anda dengan unik klik yang anda dapat dalam satu kempen. Malah, Social Seeding mengganjari anda berdasarkan saiz rakan-rakan Facebook, pengikut Twitter atau forum yang anda dihendaki berkongsi atas. Namun, untuk mencegah akaun palsu kami meyemak secara rutin sama ada rakan-rakan Facebook / Twitter follower anda adalah benar.
  4. Bagaimanakah saya menunaikan ganjaran?

    cash out
    Anda boleh cash-out ganjaran anda jika ia sampai tahap minimum cash-out di rantau anda.Klik pada "Cash-out Pendapatan Saya" dan anda akan menerima satu notifikasi emel untuk bayaran tersebut.Sila ambil perhatian bahawa yuran transaksi akan dicajkan ke atas semua cash-out. Kami akan menguruskan bayaran anda 30 hari selepas akhir bulan yang anda cash-out.CTH: jika anda cash-out pada April 15, Pembayaran anda akan diproseskan pada akhir bulan Mei

Soalan : :

  1. Adakah ChurpChurp mempunyai kaitan dengan Twitter dan Facebook?

    Tidak! ChurpChurp tidak bergabung dengan Facebook dan Twitter
  2. Adakah Churp Churp akan memaparkan informasi ke Faceook dan Twitter dengan tiada keizinan aku?


    Tentunya bukan! Churp Churp tidak akan memaparkan apa-apa dengan tiada keizinan anda.
  3. Bagaimana jika saya ada soalan lain?

    mail
    Jangan risau, anda boleh tanya kami apa saja. Hantarkan mesej anda kepada Helpdesk dan kami boleh bantu anda : Hubungi kami

Selamat Mencuba !
By, PrinceKen


    Penyanyi miliki kuku paling panjang di dunia

    Friday, 16 September 2011 0 comments

    CHRIS 'The Dutchess Walton' memiliki kuku paling panjang di dunia.


    NEW YORK - Seorang penyanyi rock, Chris 'The Dutchess Walton' disenaraikan dalam Guinness Book of World Records buat kali pertama sebagai individu yang memiliki kuku paling panjang di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

    Dia yang berusia 45 tahun memiliki kuku sepanjang 609.6 sentimeter (sm) di kedua-dua tangannya.

    Walton yang merupakan ibu enam anak dan nenek kepada tiga cucu menyatakan dia mula menyimpan kuku tersebut 18 tahun lalu.

    "Saya pasti pada satu hari nanti, saya akan memotongnya tetapi saya tidak terfikir mengenainya (untuk memotong kuku) kerana saya mahu memilikinya," kata wanita tersebut.

    Walton menjalani rawatan kuku sekurang-kurangnya sekali sebulan.

    Dia memiliki kuku paling panjang di dunia selepas pemegang rekod itu sebelum ini, Lee Redmond yang juga seorang nenek kehilangan kukunya dalam kemalangan jalan raya pada 2009.

    Redmond memiliki kuku lebih 853.44sm.

    Guna pencungkil gigi bina replika Teluk San Francisco

    0 comments

    MODEL Teluk San Francisco yang dihasilkan Scott Weaver dengan menggunakan 103,987 pencungkil gigi.


    SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang artis, Scott Weaver membina replika Teluk San Francisco setinggi 2.7 meter dengan menggunakan sejumlah 103,987 pencungkil gigi, lapor sebuah akhbar semalam.

    Hasil kerjanya yang dinamakan Rolling Through the Bay itu turut berfungsi sebagai laluan guli.

    Guli yang dijatuhkan di atas laluan itu akan bergerak melalui beberapa tempat popular di lokasi berkenaan.

    Dia mengambil masa selama tiga ribu jam untuk menyiapkan model Teluk San Franciso yang kini dianggap sebagai antara hasil seni yang menakjubkan.

    Panas: Gambar Seksi Diana Danielle Berskirt Pendek

    1 comments

    Diana Danielle memang comel dan cun orangnya dan kalau dilihat pada lakonannya juga mantap. Mesti ramai yang akan like dan share bila dapat gambar Diana Danielle seksi berskirt pendek ini kan, dengar kata Diana Danielle sekarang ni sudah berpunya, siapa ye Jom layan:




    Sumber: OhVideoTv

    Cipta rekod makan makanan sarapan pagi paling banyak

    Thursday, 15 September 2011 0 comments

    STEVEN Magree makan sarapan pagi yang mengandungi 7.500 kalori di kafe Hungry Horse, Corby baru-baru ini.


    CORBY - Seorang lelaki, Steven Magree mencipta rekod dengan makan makanan sarapan pagi paling banyak, lapor sebuah akhbar semalam.

    Dia memakan sarapan pagi yang mengandungi 7,500 kalori iaitu tiga kali ganda daripada yang disarankan untuk lelaki.

    Sarapan pagi itu mengandungi tiga sosej empat segi, tiga burger daging, tiga telur goreng, tiga kepingan puding hitam, tiga set roti bakar dan roti.

    Dia turut makan kacang panggang, cendawan, wafel kentang dan kentang.

    Magree yang berusia 29 tahun merupakan satu-satunya individu yang mampu untuk makan sarapan pagi paling banyak di kafe Hungry Horse di sini, baru-baru ini.

    Belut masuki pundi air kencing lelaki

    0 comments

    BELUT yang memasuki pundi air kencing Zhang Nan dan telah mati.


    BEIJING - Seorang lelaki, Zhang Nan menghadapi saat cemas apabila seekor belut kecil yang digunakan dalam rawatan kecantikan memasuki pundi air kencingnya, lapor sebuah akhbar semalam.

    Kejadian itu berlaku semasa dia berendam bersama sejumlah belut yang dipercayainya dapat menjadikan dia kelihatan muda lebih 10 tahun.

    Nan menyelam di dalam sebuah tab mandi dan membiarkan haiwan tersebut memakan kulitnya yang telah matinya baru-baru ini.

    Namun, selepas berada di dalam tab itu, dia merasa sakit seperti dicucuk.

    Dia kemudiannya menyedari seekor belut kecil berada memasuki pundi kencingnya.

    "Saya terus bangun selepas merasa sakit akibat gigitan belut itu," katanya yang berusia 56 tahun dan berasal dari Honghu, di wilayah Hubei.

    Dia kemudiannya dibawa ke sebuah hospital dan menjalani pembedahan kecemasan selama tiga jam bagi mengeluarkan belut yang telah mati ketika dijumpai doktor.

    Menurut seorang doktor, Jin Wang, belut kecil mampu memasuki kemaluan Nan kerana tubuh haiwan itu terlalu licin.

    Kura-kura gergasi dirampas

    0 comments

    BEBERAPA anggota polis dan pegawai Zoo Popcorn Park di Highlands, New Jersey memindahkan seekor kura-kura gergasi dari rumah Richard Hines kelmarin.


    HIGHLANDS - Empat ekor kura-kura gergasi yang dirampas dari sebuah rumah di sini kelmarin kini diperiksa di Zoo Popcorn Park sini untuk mengetahui keadaan kesihatannya.

    Kura-kura itu dirampas dari rumah milik Richard Hines Jr. selepas dia memiliki haiwan tersebut tanpa mendapat permit.

    Cangkerang beberapa ekor kura-kura itu didapati retak.

    Jurucakap Jabatan Perlindungan Alam Sekitar New Jersey, Larry Ragonese menyatakan bahawa jiran-jiran Hines mendengar bunyi seperti tangisan kura-kura tersebut, sebelum memberi haiwan tersebut makan.

    Kura-kura itu yang salah seekornya seberat lebih 225 kilogram kini dijaga di zoo tersebut.

    Penternak ikan rakam gambar raksasa

    0 comments

    IMEJ dua bonggol itu yang dirakamkan oleh Jon Rowe selepas ia diperbesarkan.


    LEWISTON, Scotland - Seorang penternak ikan, Jon Rowe berjaya merakamkan gambar seekor raksasa di Tasik Loch Ness di Drumnadrochit, Scotland, lapor sebuah akhbar semalam.

    Dia yakin gambar yang dirakamkannya itu merupakan raksasa Loch Ness yang mempunyai nama jolokan Nessie selepas ia banyak diperkatakan oleh ramai orang.

    Menurutnya, dia pada mulanya mahu merakamkan gambar pelangi pada waktu pagi dengan menggunakan kamera baru-baru ini.

    Rowe, 31, berkata, semasa merakamkan gambar itu, dia terlihat satu bentuk yang berwarna gelap dengan terdapat dua bonggol keluar dari permukaan tasik sebelum ia hilang.

    "Reaksi saya dengan segera menyatakan ia adalah Nessie," katanya.

    Legenda raksasa Loch Ness bermula pada 1933 apabila satu pasangan suami isteri, George Spicer dan isterinya menyatakan mereka melihat satu haiwan ganjil menyeberang jalan raya di depan mata mereka.

    Tinggal di rumah sama selama 100 tahun

    0 comments

    VIOLET STRUGNELL berdiri di luar kediamannya yang menjadi tempat tinggalnya selama 100 tahun di Portsmouth, Britain.


    PORTSMOUTH, Britain - Seorang pesara wanita, Violet Strugnell telah tinggal di sebuah rumah yang sama di Jalan Sheffield di sini selama 100 tahun, lapor sebuah akhbar kelmarin.

    Portsmouth yang merupakan sebuah bandar pelabuhan di selatan Britain, kerap dibom pesawat-pesawat perang Jerman semasa Perang Dunia Kedua tetapi kediamannya terselamat dan ia masih mengekalkan reka bentuk asalnya sehingga kini.

    Dia pernah bersembunyi di dalam bilik bawah tanah semasa jet-jet tentera Nazi dari Jerman melancarkan serangan bom semasa Perang Dunia Kedua.

    GAMBAR bertarikh 1927 menunjukkan Violet Strugnell membonceng motosikal saudara lelakinya di luar kediamannya itu.


    Warga emas itu yang berusia 100 tahun pada minggu lalu, berpindah ke rumah tiga bilik tidur selepas ia siap dibina pada tahun 1911.

    "Saya seperti tidak percaya sudah tinggal di rumah ini sejak sekian lama. Rumah ini tidak akan dijual sebaliknya, ia akan diwariskan kepada keluarga saya," kata Strugnell.

    Menurutnya, dia mewarisi rumah tersebut daripada ibu bapanya, Emma dan Vernon yang membeli kediaman berkenaan pada harga £175 (RM483.85) pada masa itu.

    Ia kini bernilai £150,000 (RM725,927).

    Kembar Siam tertua akan sambut hari jadi ke-50

    0 comments

    PASANGAN kembar Siam berlainan jantina, George (kanan) dan Lori Schappell.


    PHILADELPHIA, Amerika Syarikat (AS) - Pasangan kembar Siam tertua di dunia, George dan Lori Schappell akan menyambut hari jadi mereka yang ke-50 sekali gus mengetepikan ramalan doktor bahawa mereka tidak akan dapat hidup lama, lapor sebuah akhbar semalam.

    Kembar Siam perempuan itu yang bercantum di kepala, menyambut ulang tahun kelahiran mereka pada Ahad ini dengan melancong ke London, Britain.

    Walaupun berkongsi kepala, mereka menjalani kehidupan yang berbeza dengan Lori pernah bercinta manakala George pula memutuskan untuk hidup sebagai lelaki.

    Lori juga merupakan seorang juara sukan boling manakala George mencari nafkah dengan berkecimpung sebagai penyanyi irama Country.

    "Semasa kami lahir, doktor-doktor meramalkan kami tidak akan dapat hidup sehingga berusia 30 tahun tetapi kami membuktikan mereka telah silap," kata Lori.

    Berketinggian 1.54 meter, Lori dilahirkan dengan tubuh badan sempurna tetapi George yang memiliki ketinggian cuma 1.3 meter, sukar bergerak kerana mengalami masalah saraf tunjang.

    Disebabkan George lumpuh, dia terpaksa duduk di sebuah kerusi roda khas yang ditolak oleh Lori untuk memudahkan mereka bergerak.

    "Ramai orang tidak percayakan kami tetapi kami hidup secara normal seperti orang lain," ujar George.

    "Kami melancong, mengemas flat kami, malah, Lori pernah mempunyai teman lelaki. Tiada yang dapat menghalang kami daripada melakukan perkara yang kami mahu," tambahnya.

    Kata George lagi, Lori hilang dara semasa dia berusia 23 tahun setelah berasmara dengan teman lelakinya yang kedua.

    Sumber: Kosmo

    Ketua baru Al-Qaeda puji kebangkitan Arab

    0 comments

    AYMAN AL-ZAWAHRI


    DUBAI - Pemimpin baharu Al-qaeda, Ayman Al-Zawahri memberi sokongan ke atas kebangkitan rakyat yang berlaku di Asia Barat.

    Menurutnya, penduduk Arab tidak lagi takut kepada Amerika Syarikat (AS), sepuluh tahun selepas negara itu menjadi sasaran serangan militan.

    Beliau membuat kenyataan itu menerusi satu rakaman video yang disiarkan di sebuah laman bagi meraikan ulang tahun serangan 11 September 2001 di AS.

    Ayman merupakan seornag rakyat Mesir yang menjadi pemimpin baharu Al-Qaeda selepas Osama bin Laden mati dibunuh oleh komando AS di rumah persembunyiannya di Abbottabad, Pakistan pada Mei lalu.

    Sumber: Kosmo

    Jepun ada 47,756 rakyat berusia 100 tahun ke atas

    0 comments

    CHIYONO HASEGAWA


    TOKYO - Jepun mempunyai 47,756 rakyat yang berusia 100 tahun ke atas, kebanyakannya adalah wanita.

    Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan semalam menyatakan bahawa ia merupakan peningkatan sebanyak 3,307 orang berbanding setahun lalu.

    Sebanyak 87.1 peratus daripada mereka adalah wanita.

    Rakyat yang paling tua ialah Chiyono Hasegawa yang berusia 114 tahun.

    Dia dilahirkan pada 20 November 1896.

    Kewibawaan statistik itu pernah dipersoalkan pada tahun lalu apabila beberapa orang yang disenaraikan dalam senarai tersebut telah mati dan hilang.

    Pihak kementerian bergantung kepada rekod pendaftaran penduduk untuk membuat statistik itu.

    Jepun merupakan salah sebuah negara yang mempunyai ramai masyarakat tua.

    4 pelajar bakal saingi Zuckerberg

    0 comments

    dari kiri ZUCKERBERG, Dan Thompson, Feross Aboukhadijeh dan Ashkay Kothari


    NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Empat pelajar AS yang merupakan usahawan muda kini menjadi rebutan syarikat gergasi Internet, lapor akhbar Daily Mail semalam.

    Mereka dianggap sebagai genius Internet selepas mencipta beberapa aplikasi komputer yang berpotensi besar untuk dimajukan.

    Kejayaan empat bakat baharu itu menyebabkan mereka turut menjadi buruan syarikat-syarikat gergasi Internet temasuk, Facebook, Google dan YouTube yang tidak mahu terlepas peluang untuk mengambil mereka bekerja.

    Mereka muncul selepas kejayaan Mark Zuckerberg menghasilkan laman sosial Facebook bersama beberapa rakannya yang lain semasa belajar di Universiti Harvard.

    Seorang usahawan muda itu, Feross Aboukhadijeh, 20, yang pernah bekerja di Facebook dan menjadi rakan Zuckerberg, mencipta nama kerana menghasilkan laman web YouTube Instant yang dapat menyiarkan klip video carian pengguna dengan cepat.

    Laman web tersebut kini dilawati lebih sejuta kali manakala pelajar Universiti Stanford di AS itu turut mendapat tawaran kerja daripada firma enjin carian Internet, Google.

    Dia pernah bertaruh dengan seorang rakan bahawa dia dapat menghasilkan laman web YouTube Instant dalam masa sejam.

    "Saya kalah pertaruhan itu," katanya dalam temu bual bersama majalah tempatan, New York.

    "Saya mengambil masa tiga jam untuk menyiapkan laman web tersebut," tambahnya lagi.

    Seorang lagi pelajar, Joseph Huang turut menarik perhatian nama-nama besar Internet kerana mencipta sistem pengesanan global (GPS) yang dinamakan WiFiSlam untuk kegunaan dalam bangunan.

    Aplikasi Android ciptaannya boleh memandu arah di dalam bangunan dengan teknologi tersebut berpotensi untuk dijual sebagai sistem navigasi untuk digunakan di dalam muzium dan pusat beli-belah.

    Seorang lagi pelajar, Ashkay Kothari pula mengasaskan aplikasi berita, The App yang dibeli sebuah firma Internet pada harga AS$4 juta (RM12.2 juta), lima minggu selepas ia dihasilkan.

    Turut tidak ketinggalan menjadi tumpuan penggiat industri Internet ialah pelajar dari negeri New Hampshire, Dan Thompson yang pakar menghasilkan pengaturcaraan Internet yang sukar.

    Sumber: Kosmo

    Budak temui fosil berusia 160 juta tahun

    0 comments

    EMILY BALDRY menemui cangkerang berusia lebih 160 juta tahun di Taman Air Cotswold, Britain pada Mac tahun lalu.


    TAMAN AIR COTSWOLD, Britain - Seorang budak berusia lima tahun, Emily Baldry menemui fosil cangkerang berusia lebih 160 juta tahun selepas menggali tanah dengan menggunakan sebatang penyodok yang selalu digunakan untuk membina istana pasir, lapor sebuah akhbar semalam.

    Emily menemui fosil seberat 57 kilogram itu yang jarang didapati itu di kawasan Taman Air Cotswold di sini dengan bantuan bapanya Jon, 40, pada Mac tahun lalu.

    Fosil lengkap berdiameter hampir 40.6 sentimeter itu berasal daripada haiwan moluska yang mempunyai cangkerang yang hidup di lautan.

    Ia kini disimpan di kediaman keluarga berkenaan di sini setelah ia dipamerkan kepada umum.

    Cangkerang itu diberi nama Spike oleh Emily.

    Selepas cangkerang itu ditemui, dia menyerahkannya kepada seorang ahli geologi, Neville Hollingworth untuk dibersihkan.

    Emily yang kini berusia enam tahun berasa gembira apabila melihat cangkerang itu yang kelihatan berkilat semasa ia dipamerkan di Pusat Penerangan Gateway dekat Cirencester pada Ahad lalu.

    Menurut bapa Emily, cangkerang itu akan dibawa pulang ke rumah selepas tempoh ia dipamerkan berakhir.

    Tiga komando antara 46 ditahan

    0 comments

    SEBAHAGIAN daripada penagih dadah yang ditahan di ladang kelapa sawit di Sungai Udang, Melaka semalam.


    MELAKA - Hasrat 41 penagih dadah untuk melepaskan gian di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira 200 meter dari Penjara Sungai Udang di sini tidak kesampaian apabila mereka ditahan semalam.

    Lebih memeranjatkan, tiga anggota komando dari Kem Sungai Udang dan seorang anggota tentera berusia antara 23 hingga 29 tahun turut ditahan dalam operasi yang dinamakan Ops Tapis bermula pukul 6.30 pagi semalam.

    Dua daripada mereka lengkap berpakaian seragam askar.

    Ketua Unit Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Cif Inspektor Hisham A. Rahman mengetuai operasi selama lima setengah jam itu yang dianggotai 10 orang.

    Turut ditahan ialah penganggur, pengawal keselamatan, buruh dan penduduk tempatan berusia antara 18 hingga 57 tahun.

    Selain itu, lima lelaki turut ditahan kerana memiliki dadah jenis heroin dalam bentuk paket dan tiub menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan 46 orang.

    Sumber Kosmo

    Bina jambatan dengan akar pokok

    Tuesday, 13 September 2011 0 comments

    DUA buah jambatan akar yang terdapat di kampung Nongriat, negeri Meghalaya, India.


    NEW DELHI - Penduduk sebuah kampung di negeri Meghalaya, India membina sebuah jambatan dengan menggunakan akar pokok. Jambatan semula jadi itu berusia beratus-ratus tahun dan ia mampu untuk menampung berat 50 orang pada satu-satu masa. Ia dibina menerusi sistem mengalihkan akar pokok yang dilakukan oleh penduduk kampung tersebut sejak ratusan tahun lalu. Akar itu diajar supaya ia bergerak menyeberangi sungai.

    Saintis hasilkan kucing bersinar

    0 comments

    SEEKOR kucing yang kelihatan hijau bersinar-sinar semasa ia diletakkan di bawah cahaya biru.


    NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sekumpulan saintis AS menghasilkan seekor kucing yang bersinar-sinar dalam kajian mereka untuk menangani penyakit virus Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS)

    Apabila kucing itu diletakkan di bawah cahaya biru, bulu, misai dan kuku kaki haiwan berkenaan kelihatan bersinar dengan warna hijau..

    Kumpulan penyelidik berkenaan menggunakan gen yang mengeluarkan kilauan untuk menandakan kehadiran sejenis protein yang dimasukkan ke dalam telur haiwan tersebut.

    Protein itu diambil daripada monyet Macaque.

    Kajian itu disiarkan kelmarin dalam jurnal Nature Methods yang menyatakan gen monyet tersebut dimasukkan ke dalam telur kucing.

    Saintis-saintis juga memasukkan gen obor-obor yang menyebabkan sel-sel kucing menjadi berkilauan.

    Ujian ke atas sel-sel yang diambil dari kucing itu menunjukkan ia mampu menangani virus yang menyebabkan AIDS ke atas kucing.

    Tilam selamatkan mangsa feri karam

    Monday, 12 September 2011 0 comments

    TIGA orang berbaring di atas tilam yang hanyut selepas sebuah feri karam dekat Pulau Pemba, Tanzania kelmarin.


    ZANZIBAR - Tiga orang berbaring di atas tilam yang hanyut selepas sebuah feri yang membawa 800 penumpang karam dekat Pulau Pemba setelah belayar dari Unguja di Tanzania kelmarin.

    Pemba terletak kira-kira 80 kilometer ke timur laut Unguja.

    Bukan sahaja tilam tetapi pelbagai barang yang boleh terapung dipaut oleh mangsa-mangsa feri karam itu untuk menyelamatkan diri.

    Dalam kejadian itu, 190 orang mati manakala lebih 600 lagi berjaya diselamatkan dalam satu operasi menyelamat.

    Feri itu karam selepas ia dipercayai membawa 800 penumpang termasuk kargo yang berat.

    Sementara itu, jurucakap polis, Mohamed Mhina berkata, operasi mencari mangsa feri itu dilakukan semalam tanpa mengharapkan menemui penumpang yang masih hidup.

    "Kami akan terus mencari mayat tetapi tiada lagi harapan untuk menemui mangsa yang hidup," katanya.

    Tanzania juga mula berkabung selama tiga hari bermula semalam bagi memperingati mangsa-mangsa tragedi feri karam itu.

    Lelaki tatu tukar nama King of Ink Land

    0 comments

    GAMBAR menunjukkan Matthew Wheeler duduk di rumahnya di Birmingham, Britain.


    BIRMINGHAM, Britain - Seorang lelaki yang memenuhi hampir keseluruhan badannya dengan lukisan tatu mengejutkan rakan-rakannya selepas dia secara rasmi menukar namanya kepada King of Ink Land atau raja tatu, lapor sebuah akhbar semalam.

    Lelaki berusia 31 tahun itu, Matthew Wheeler, yang berasal dari sini, menghabiskan masa hampir 300 jam serta membelanjakan £20,000 (RM95,438) selama tiga tahun untuk mengubah badannya menjadi sebuah kanvas lukisan tatu berwarna warni.

    Kini Wheeler turut mengejutkan keluarga dan rakan-rakannya apabila dia meminta mereka memanggilnya dengan nama baharu tersebut.

    "Seni lukisan pada tubuh saya bukan sekadar tatu. Ia adalah cara hidup saya," kata Wheeler.

    "Saya mahu tubuh saya unik, justeru apa salahnya jika saya turut menukar nama saya," tambahnya.

    Kamera Google rakam wanita bogel

    0 comments

    SEBUAH kamera Google Street View merakamkan gambar seorang wanita (dalam bulatan) berada dalam keadaan bogel di luar rumahnya di Florida.


    MIAMI - Perkhidmatan Google Street View merakamkan seorang wanita yang berbogel di luar rumahnya di Florida, Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar semalam.

    Wanita itu memegang sebotol air minuman semasa kelibatnya dirakamkan menerusi kamera tersebut.

    Kelibat wanita tersebut dirakamkan menerusi kamera Google yang dipasang pada sebuah kereta yang melalui kawasan dekat dengan rumahnya.

    Google Street View merupakan perkhidmatan yang menyediakan kemudahan kepada para pengunjung Internet untuk mengetahui sesuatu lokasi.

    Budak yang pernah merokok usia dua tahun kini berbadan gempal

    0 comments

    ARDI RIZAL kini berusia empat tahun dan tubuhnya kelihatan gempal dalam program 20/20 terbitan stesen televisyen ABC.


    JAKARTA - Seorang budak lelaki di Sumatera, Indonesia, Ardi Rizal yang pernah mengejutkan dunia kerana menghisap rokok ketika berusia dua tahun telah berjaya berhenti tabiat buruk itu, lapor sebuah akhbar semalam.

    Bagaimanapun, kanak-kanak itu memberitahu dia akan menghisap kembali rokok jika ibunya tidak membelikannya permainan.

    Ardi menjadi terkenal setelah klip video dia sedang menghisap rokok tersebar luas di Internet.

    Dia kini berusia empat tahun.

    Budak itu menjadi terkenal selepas sebuah program televisyen Amerika Syarikat (AS), 20/20 terbitan stesen televisyen ABC menyiarkan kisahnya.

    Buaya gergasi baham antelop

    0 comments

    PAOLO TORCHIO berjaya merakamkan gambar seekor buaya sepanjang 6.4 meter membaham seekor antelop di sebatang sungai di Taman Negara Maasai Mara di Kenya.


    TAMAN NEGARA MAASAI MARA, Kenya - Seekor buaya gergasi sepanjang 6.4 meter membaham seekor antelop seberat 136 kilogram di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

    Aksi buaya itu membaham haiwan tersebut sempat dirakamkan oleh jurugambar terkenal, Paolo Torchio dari Itali di sebatang sungai di sini.

    Menurut Torchio, kejadian tersebut menyebabkan seseorang itu berfikir bahawa betapa kecilnya diri kita dalam dunia haiwan.

    Sungai itu dipenuhi dengan bangkai haiwan yang mati semasa ia cuba untuk berhijrah dari Tanzania ke Kenya.

    Dua minggu lalu, sekumpulan penduduk di bandar Bunawan, Filipina berjaya menangkap seekor buaya sepanjang 6.1 meter hidup-hidup.

    Buaya itu kini ditempatkan di sebuah kurungan dan ia dipercayai buaya paling besar pernah ditangkap hidup-hidup di dunia.

    Harimau betina bunuh pasangan gara-gara cemburu

    Sunday, 11 September 2011 0 comments

    Wzui


    EL PASO, Amerika Syarikat (AS) - Seekor harimau jantan bernama Wzui (gambar) mati setelah diserang oleh pasangannya di Zoo El Paso di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

    Kejadian berlaku pada Khamis lalu apabila harimau betina Malaya berusia tiga tahun, Seri menggigit leher Wzui yang tiga tahun lebih tua, menyebabkan harimau jantan itu mati akibat keurangan oksigen.

    Ketika kejadian, kedua-dua binatang buas itu sedang mengawan di zoo berkenaan.

    "Kami tidak menjangka perkara seperti ini akan berlaku," kata pengarah Zoo El Paso, Steve Marshal.

    Menurutnya, serangan itu dipercayai berpunca daripada cemburu.

    Wzui sebelum ini katanya, pernah mendampingi seekor harimau betina bernama Melor yang tiba dari Zoo Tulsa sembilan bulan lalu. - Agensi

    200 maut terjun dari Menara WTC

    0 comments

    SEORANG lelaki terjun dari bangunan WTC yang runtuh akibat serangan pengganas sedekad lalu.


    NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seramai 200 orang dilaporkan terjun dari Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini ketika pengganas menyerang beberapa lokasi utama di AS pada 11 September 2001, lapor sebuah akhbar semalam.

    Berdasarkan rekod tidak rasmi, hampir semuanya menemui ajal secara bersendirian tetapi beberapa saksi mengakui mereka pernah menyaksikan satu pasangan terjun sambil berpegangan tangan.

    Malah kata saksi, ketika berada di hujung nyawa seorang wanita turut dilihat memegang kuat skirtnya supaya dia tidak mati dalam keadaan yang memalukan.

    Sebahagian lagi mangsa cuba membuat payung terjun daripada langsir dan alas meja tetapi daya graviti menyebabkan ia terlucut daripada pegangan sekali gus menyebabkan nyawa mereka melayang.

    "Mangsa-mangsa itu memilih untuk terjun daripada mati terbakar dan saya dapat melihat mereka jatuh seorang demi seorang," kata seorang anggota bomba yang bertugas pada hari kejadian, Maureen McArdle-Schulman.

    "Kerana terlalu ngeri, saya dan seorang rakan setugas mengalihkan pandangan kami pada dinding bangunan berdekatan, namun kami masih dapat mendengar bunyi tubuh mereka terhempas di tanah," tambahnya.

    Menurutya, dia turut berang dengan tindakan sebahagian individu tidak berhati perut di lokasi kejadian yang merakam mangsa- mangsa itu terjun.

    Hampir semua mangsa terjun dari tingkat-tingkat teratas WTC. Mereka jatuh pada kelajuan 200 kilometer sejam dan memiliki 10 saat untuk mengimbas kembali hidup mereka sebelum menemui ajal di tanah.

    WTC yang setinggi 417 meter dan memiliki 110 tingkat, terdiri daripada Menara Utara dan Menara Selatan dibuka kepada orang ramai pada 1973. Pembinaannya ketika itu menelan belanja AS$400 juta (RM1.2 bilion).

    Pada 11 September 2011, kumpulan pengganas merempuh dua pesawat Boeing 757 ke atas WTC yang menyebabkan ia terbakar dan runtuh. Kejadian itu meragut 2,753 nyawa.

    Sebelum ini, berita dan gambar-gambar mereka tidak disiarkan media AS.

    Pemerintah AS beranggapan bahawa mereka yang memilih untuk membunuh diri daripada mati terbunuh sebagai tidak patriotik sekali gus mencalar imej negara.

    Sementara itu, kawalan keselamatan di sini dan beberapa lokasi utama lain di AS diperketatkan menjelang sambutan ulang tahun ke-10 insiden serangan pengganas ke atas AS hari ini. - Agensi

    Sembunyi bawah bas elak kena saman

    Saturday, 10 September 2011 0 comments

    PIHAK polis cuba mencari seorang pemandu bas yang bersembunyi di bawah bas di bandar Zhongshan, China baru-baru ini.


    BEIJING - Seorang pemandu sebuah bas bersembunyi di bawah badan bas untuk mengelak dikenakan notis saman di Zhongshan, China, lapor sebuah akhbar kelmarin.

    Dia melakukan perbuatan itu selepas memandu basnya dalam keadaan laju ketika ia melepasi sebatang tiang lampu isyarat yang menunjukkan warna merah.

    Pemandu itu juga bertindak dengan menukar haluan bas berkenaan dalam keadaan berbahaya.

    Dia bersembunyi di bawah badan bas selepas basnya berhenti semasa diarahkan polis dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.

    Tindakan pemandu bas itu menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk berlaku kerana kejadian tersebut berlaku dekat dengan bulatan.

    Beberapa anggota polis juga gagal untuk memujuk dia keluar dari bawah badan bas menyebabkan trak penunda dipanggil untuk menunda kenderaan itu.

    Namun, pemandu bas itu merangkak di bawah badan bas semasa kenderaan tersebut bergerak semasa ditunda.

    Anggota-anggota polis kemudian bertindak menarik tangan pemandu bas tersebut sekali gus menangkapnya.

    Sang Bedal gergasi enggan makan

    0 comments

    GAMBAR fail menunjukkan buaya gergasi yang ditangkap penduduk di bandar Bunawan pada Sabtu minggu lalu.


    MANILA - Seekor buaya gergasi sepanjang 6.1 meter yang ditangkap hidup-hidup di sebuah teluk di bandar Bunawan, selatan Filipina enggan makan selama enam hari selepas ditangkap pada minggu lalu.

    Haiwan itu tidak makan selepas ia ditangkap oleh sekumpulan pemburu tajaan kerajaan tempatan untuk menangkap haiwan yang telah membunuh dua orang.

    Menurut seorang pegawai hidupan liar, Ronnie Sumiller yang mengetuai pemburuan tersebut, haiwan yang diberi nama Lolong itu kini dipantau bagi diperiksa sama ada ia mengalami tekanan.

    Menurutnya, pada kebiasaannya, buaya akan tertekan selepas lama diperangkap.

    Dia berkata, dalam habitat semula jadi, adalah normal bagi buaya tidak makan dalam tempoh yang lama.

    Menurutnya, buaya seperti Lolong mampu tidak makan sehingga enam bulan.

    Haiwan itu ditempatkan di sebuah kurungan berdindingkan konkrit selepas ditangkap dengan menggunakan umpan pada minggu lalu.

    Namun, selepas diperiksa, haiwan itu yang dipercayai sebagai buaya paling besar di dunia pernah ditangkap bukannya pemakan manusia.

    Usaha sedang dilakukan kini untuk menangkap seekor lagi buaya gergasi di bandar itu. - AP

    Subjek Sejarah akan dikaji semula: Khaled

    0 comments

    Sejarah Malaysia


    KUALA LUMPUR: Silabus subjek sejarah peringkat sekolah akan dikaji semula selepas didapati beberapa fakta sebelum ini tidak lengkap dan terdapat percanggahan fakta mengenainya hasil kajian ahli falsafah dan Teologi Negara, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas di dalam buku terbarunya 'Historical fact and fiction'.

    Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, berkata sehubungan dengan itu satu kajian mendalam mengenainya akan diadakan oleh fakulti sejarah.
    "Lepas itu macam mana nak sebarkannya, nak jadikan silabus sekolah menengah atau universiti ke kita akan fikirkan, soalnya sekarang kita nak kaji dulu apakah sejarah sebenar," katanya.
    Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran buku tulisan Syed Naquib di kampus Universiti Teknologi Malaysia Kampus Antarabangsa di sini, hari ini.

    Majlis pelancaran itu disempurnakan Sultanah Johor yang juga Canselor bagi universiti itu, Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah.

    Khaled berkata, Syed Naquib dalam kajiannya mewujudkan beberapa persoalan kemungkinan beberapa sejarah penting tidak dicatitkan sebelum pemerintahan Melaka dan kemungkinan beberapa fakta juga adalah berat sebelah.

    "Sejarah yang seperti dirujuk kita sebelum ini mungkin diambil daripada penulisan Barat, jadi apa yang ada sebelum tertulis oleh Barat, maknanya sebelum kedatangan mereka, tidak tercatat apa-apa fakta.
    "Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa sejarah tidak diputar belit, cuma terdapat beberapa fakta yang tidak ditulis.

    "Jadi dalam hal ini mungkin sejarah boleh dicungkil bukan semata-mata maknanya ada putar belit sejarah, tapi ia lebih kepada mencari kebenaran, ia telah ditulis secara tidak betul," katanya.

    Walau bagaimanapun, Khaled memaklumkan bahawa buku itu tidak akan digunakan bagi mengganti buku teks sedia ada di peringkat sekolah, namun akan dijadikan sebagai rujukan bagi kajian yang lebih mendalam.

    Sementara itu, Naib Canselor UTM, Datuk Ir Zaini Ujang, berkata buku Syed Naquib yang diterbitkan oleh UTM Press itu memberikan satu interpretasi yang baru terhadap sejarah negara.

    Beliau mengambil contoh satu fakta di dalam buku itu yang menyatakan bahawa nama "Melaka" adalah diambil daripada perkataan arab yang membawa maksud "pelabuhan" berbanding sejarah awal yang kita sedia fahami bahawa nama Melaka datangnya dari pokok Melaka. - BERNAMA

    Sumber: Harian Metro

    Kampus cawangan UMS akan diwujudkan di Keningau

    Friday, 9 September 2011 0 comments

    UMS


    KOTA KINABALU: Kampus cawangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan diwujudkan di Keningau, bahagian pedalaman Sabah, tidak lama lagi, sekali gus memberi kemudahan kepada pelajar luar bandar yang ingin meneruskan pelajaran hingga ke peringkat menara gading.

    Sambil menyambut baik penubuhan kampus cawangan itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata kerajaan Sabah bersedia meluluskan permohonan UMS untuk mendapatkan kawasan tanah seluas 12 hektar di Kampung Apin-Apin, Keningau yang sudah dikenal pasti untuk tujuan itu.
    "Selain kampus induk UMS di Kota Kinabalu yang tersergam indah, UMS juga ada cabang di Labuan dan Sandakan yang sekarang ini hampir siap, dan InsyaAllah kampus cawangan Keningau akan mula dibangunkan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis Lafaz Ikrar dan Aku Janji siswa siswi baharu UMS di sini hari ini.
    Ketika diminta Ketua Menteri untuk memberi penjelasan lanjut mengenai perkara itu, Naib Canselor UMS, Prof Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, berkata projek pembinaan kampus cawangan UMS Keningau itu dijangka dimulakan penghujung tahun ini.

    Katanya, untuk permulaan, kampus cawangan Keningau hanya menawarkan program asasi sains.

    "Masalah kita sekarang ialah kekurangan pelajar bidang sains...kebanyakannya pelajar sastera. Bidang sains masih belum capai hasrat dan dasar semasa kerajaan (iaitu nisbah 60:40, iaitu 60 peratus pelajar sains, dan 40 peratus pelajar sastera (kemanusiaan).

    "Keningau satu kawasan yang tidak jauh dari Kota Kinabalu dan kita mahu kampus cawangan Keningau ini bukan sahaja menjadi pusat asasi sains tetapi juga pusat penyelidikan pertanian termasuk pemeliharaan kerbau dan kambing," katanya.
    Kamaruzaman berkata, UMS bercadang menjadikan Keningau sebagai Pusat Kecemerlangan Pertanian kerana kawasannya yang luas untuk aktiviti pertanian.

    Terdahulu, dalam ucapannya, Musa berkata kerajaan negeri akan terus komited untuk memajukan dan meningkatkan tahap pendidikan tinggi di Sabah.

    Katanya, ini termasuk pembinaan infrastruktur moden dan canggih seperti Hab Pendidikan Sandakan yang menempatkan pelbagai IPT awam dan swasta termasuk Sekolah Pertanian Lestari UMS.

    Musa turut meminta siswa siswi baru supaya mengukuhkan jati diri, mematuhi segala peraturan kampus dan mendahulukan tanggungjawab sebagai pelajar. - BERNAMA

    Bilik pejabat kilang ubat umpama sebuah istana

    0 comments

    SALAH satu ruang yang terdapat dalam pejabat Kumpulan Syarikat Farmaseutikal Harbin, timur laut wilayah Heilongjiang, China.


    HARBIN, China - Sebuah bangunan pejabat mempunyai hiasan dalaman mirip sebuah istana mewah yang diduduki oleh pemimpin terkaya dunia.

    Lebih mengejutkan, blok bangunan itu dibina di China, negara yang dikenali kerana mempraktikkan konsep binaan yang ringkas.

    Hiasan dalaman bangunan tersebut ditiru daripada Istana Versailles di Perancis.

    Ia merupakan pejabat kilang ubat Kumpulan Syarikat Farmaseutikal Harbin di timur laut wilayah Heilongjiang.

    Bangunan itu terdiri daripada blok bangunan enam tingkat yang mengandungi pejabat tiga tingkat manakala baki ruang luar dijadikan muzium milik firma berkenaan.

    Syarikat Farmaseutikal Harbin itu adalah milik pemerintah China.

    Hiasan dalamannya bercirikan kemewahan seperti dinding dan lampu keemasan sekali gus mencetuskan kemarahan penduduk setempat.

    Penduduk mendakwa wang untuk membina hiasan dalaman itu sepatutnya dibelanjakan untuk menyelesaikan masalah pembentungan di kilang-kilang firma berkenaan yang semakin serius.

    CEO Yahoo dipecat menerusi telefon

    0 comments

    Carol Bartz


    SUNNYVALE, Amerika Syarikat (AS) - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yahoo, Carol Bartz (gambar) diberitahu dia dipecat hanya melalui telefon.

    Pendedahan itu dibuat oleh Carol apabila dia memberitahu kakitangan firma Internet itu pada Selasa lepas bahawa dia telah dipecat melalui telefon.

    Dia menghantar e-mel kepada kakitangan-kakitangan Yahoo dengan menggunakan komputer tablet iPad bagi memberitahu mengenai pemecatannya.

    E-mel itu diperolehi sebuah blog teknologi, All Things D. Dia dipecat oleh Pengerusi Yahoo, Roy Bostock.

    Pemecatan wanita berusia 63 tahun itu dibuat setelah para pemegang saham dan ahli lembaga pengarah kecewa kerana dia gagal memulihkan pendapatan syarikat yang terus merosot.

    Untuk mengisi kekosongan tersebut, ahli-ahli lembaga pengarah Yahoo menamakan ketua pegawai kewangan syarikat itu, Tim Morse sebagai pemangku CEO.

    Yahoo yang beribu pejabat di sini, negeri California dilaporkan sedang mencari pengganti untuk jawatan tersebut.

    Gambar mengagumkan planet Zuhal

    0 comments

    IMEJ planet Zuhal yang dirakamkan dari kapal angkasa Cassini-Huygens didedahkan
    media Barat kelmarin.


    WASHINGTON - Satu imej planet Zuhal yang mengagumkan berjaya dirakamkan oleh kapal angkasa lepas Cassini-Huygens, lapor sebuah akhbar kelmarin.

    Menurut seorang ahli astronomi, Robin Canup di Institut Penyelidikan Barat Daya di Boulder, Colorado, imej tersebut mengagumkan kerana bahagian malam Zuhal kelihatan bercahaya akibat lantunan cahaya gelang yang terdapat di sekelilingnya.

    Kapal angkasa Cassini-Huygens merupakan projek usaha sama melibatkan Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan, Agensi Angkasa Lepas Eropah dan Agensi Angkasa Lepas Itali.

    Ia dilancarkan pada 1997 dan akan terhempas di planet Zuhal pada 2017.

    SPONSER@PRINCEKENSITE

     
    PrinceKen's Site© © 2011 | Designed by PrinceKen, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum